Tafsir sendiri ayat Al-Quran: Howard Lee mohon maaf

Beliau sama sekali tidak berniat menyentuh sensitiviti masyarakat Islam malah menyambut baik saranan Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berhubung perkara itu

8:34 PM MYT

 

IPOH – Ahli Parlimen Ipoh Timur Howard Lee Chuan How hari ini memohon maaf secara terbuka atas tindakan beliau memetik ayat al-Quran dalam satu video di laman media sosialnya baru-baru ini. 

Beliau membuat permohonan maaf secara terbuka itu pada sidang media di Pusat Khidmat Komuniti Ahli Parlimen Ipoh Timur dekat sini hari ini.

Lee berkata beliau sama sekali tidak berniat menyentuh sensitiviti masyarakat Islam malah menyambut baik saranan Setiausaha Agung Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berhubung perkara itu.

“Saya memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam mengenai isu ini namun saya tegaskan sebelum saya memetik ayat Al-Quran, perkara ini telah saya rujuk kepada orang alim dalam agama Islam.

“Tidak timbul soal menafsir secara membuta tuli namun saya memohon maaf jika perbuatan saya menyinggung perasaan umat Islam secara keseluruhannya di negara ini,” katanya.

Lee juga berkata beliau sudah memberi keterangan kepada pihak polis berhubung isu itu yang berlangsung selama sejam namun tidak mendedahkan lokasi ia direkodkan. 

Pada Jumaat lepas, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pihaknya akan merekod keterangan Lee dalam masa terdekat dan siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas JSJ Bukit Aman.

Sebelum ini, Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata laporan asal atau laporan pertama kes itu dibuat di Balai Polis Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Badan bukan kerajaan iaitu Jalinan Bersatu Sahabat (Jabat) Perak turut membuat laporan berhubung isu sama pada Khamis lepas. – 26 September, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related