Batal kemenangan PN di Parlimen Kemaman, keputusan yang sangat adil: peguam

Mahkamah mempersoalkan kenapa pemberian diberikan ketika tempoh pilihan raya dan diselangi dengan ucapan yang cuba meraih undi

5:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pembatalan kemenangan Perikatan Nasional (PN) di Parlimen Kemaman yang diputuskan Mahkamah Pilihan Raya hari ini disifatkan sebagai keputusan yang sangat adil terutama selepas mahkamah membuat keputusan itu atas penilaian terhadap cara pemberian wang.

Peguam mewakili pempetisyen, Amin Othman, berkata meskipun peguam responden memberitahu bahawa pemberian wang itu adalah dana bantuan daripada kerajaan negeri yang masih mentadbir disebabkan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak terbubar lagi ketika itu, namun mahkamah mempersoalkan kenapa ia diberikan ketika waktu berkempen pilihan raya.

“Walaupun ia bantuan yang diluluskan menerusi pembentangan bajet di DUN tapi mahkamah mempersoalkan kenapa ia diberi ketika waktu kempen pilihan raya, mahkamah juga kata kenapa pemberian itu turut diselangi dengan ucapan Yang Berhormat yang cuba meraih undi.

“Jadi mahkamah mendapati elemen itu salah, pemberian duit itu tidak salah sebab ia bantuan kerajaan negeri tetapi cara pemberian itu yang membuat ia salah dan melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,” katanya kepada Scoop hari ini.

Mahkamah Pilihan Raya hari ini membatalkan kemenangan Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid yang mewakili PAS pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada 19 November tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Anselm Charles Fernandis membuat keputusan itu selepas membenarkan petisyen pilihan raya yang dikemukakan pengundi bagi Parlimen Kemaman, Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil.

Di sebalik kemenangan bergaya PN yang meraih majoriti 27,179 undi itu, Hakim Anselm menerima dakwaan pempetisyen berhubung sogokan semasa tempoh berkempen untuk meraih undi bagi calon gabungan itu iaitu Che Alias. Selain Amin, Wan Mohamad Hisham turut diwakili peguam, Datuk Mohd Hafarizam Harun.

Dalam pada itu, ditanya langkah seterusnya sekiranya pihak calon PN memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan dalam tempoh 14 hari, Amin berkata, sekiranya rayuan diterima, ia akan diteruskan dengan prosiding pendengaran dan hujahan di mahkamah terbabit yang perlu dihabiskan dalam tempoh enam bulan.

“Sekarang ini pihak terbabit ada 14 hari untuk failkan petisyen rayuan, jadi Mahkamah Persekutuan ada tempoh enam bulan untuk habiskan prosiding dan buat keputusan, selalunya akan dibuat lebih cepat.

“Jika sekiranya Mahkamah Persekutuan setuju keputusan Mahkamah Tinggi, maknanya sah terbatal, jadi pilihan raya kecil akan dilakukan dalam tempoh 60 hari,” katanya.

Terdahulu, petisyen pilihan raya yang difailkan Wan Mohamad Hisham dibatalkan oleh Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu pada 12 Februari lalu, selepas mahkamah menerima bantahan awal yang dikemukakan oleh responden (Che Alias).

Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan memerintahkan ia dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh selepas membenarkan rayuan Wan Mohamad Hisham.

Parlimen Kemaman dimenangi Che Alias dengan 65,714 undi mengalahkan calon BN, Datuk Seri Ahmad Said (38,535 undi), Hasuni Sudin mewakili Pakatan Harapan (8,340) dan Rosli Ab Ghani dari Pejuang (506). – 26 September, 2023.

Topics

 

Hangat

Let us not forget our unsung heroes – Ravindran Raman Kutty

We must recognise the many ordinary Malaysians doing extraordinary things

Tiong King Sing gets feet wet to aid victims as over 1,000 evacuated in Sarawak floods

Women, Family & Community Development Minister Datuk Seri Nancy Shukri says assistance was immediately mobilised on first day of Chinese New Year

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Related