Wanita warga Singapura maut, 10 lagi cedera selepas van terjatuh cerun

Bomba terpaksa menggunakan peralatan khas untuk memotong papan pemuka dan stereng van itu untuk menyelamat wanita yang tersepit di sebelah tempat pemandu

12:37 AM MYT

 

BALIK PULAU – Seorang wanita warga Singapura maut manakala 10 lagi cedera dalam insiden van pelancong terbabas sebelum terjatuh ke cerun berkedalaman lebih enam meter di Bukit Genting di sini malam ini. 

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Balik Pulau N. Prenavaran berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada 8.20 malam dan tiba di lokasi 10 minit kemudian. 

“Sejurus tiba, didapati tempat kejadian merupakan kawasan berbukit dan jentera bomba tidak dapat masuk… anggota bomba terpaksa mendaki bukit selama 15 minit dengan membawa usungan dan peralatan kecemasan. 

“Didapati seorang wanita telah meninggal dunia, tujuh lagi masih tersepit dalam kenderaan manakala tiga telah dinaikkan ke tempat selamat dengan bantuan orang awam,” katanya kepada pemberita. 

Beliau berkata pihak bomba terpaksa menggunakan peralatan khas untuk memotong papan pemuka dan stereng van itu untuk menyelamat wanita yang tersepit di sebelah tempat pemandu.

“Operasi selesai pada kira-kira 10.45 malam selepas mangsa terakhir dikeluarkan dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya. 

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintenden Kamarul Rizal Jenal pula berkata terdapat 11 mangsa iaitu lapan wanita dan tiga lelaki dengan 10 daripada mereka adalah pelancong warga Singapura manakala pemandu van ialah lelaki tempatan. 

Beliau berkata identiti mangsa masih belum dikenal pasti namun mereka dipercayai terdiri darupada sekumpulan warga emas yang sedang bercuti di Pulau Pinang. 

“Seorang wanita warga Singapura ditemukan mati di tempat kejadian manakala 10 mangsa lagi yang cedera dihantar ke Hospital Pulau Pinang dan Hospital Balik Pulau untuk menerima rawatan,” katanya. 

Kamarul Rizal juga berkata punca insiden itu masih dalam siasatan dan proses bedah siasat mangsa yang terkorban akan dilakukan esok. – 25 September, 2023 

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related