Asyraf tegur Howard, jangan tafsir sendiri Al-Quran

Menurut Asyraf, ini bagi mengelakkan fitnah dan disalah tafsir sehingga mencetuskan polemik yang tidak berkesudahan

3:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO,  Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegur Ahli Parlimen Ipoh Timor, Howard Lee Chuan How dan memintanya supaya tidak lagi mengulangi perbuatan memetik atau merujuk ayat-ayat Al-Quran dalam memberikan pandangan berkaitan politik.

Menurut Asyraf, ini bagi mengelakkan fitnah dan disalah tafsir sehingga mencetuskan polemik yang tidak berkesudahan meskipun perbuatan DAP itu pernah ‘dihalalkan’ oleh kepimpinan PAS ketika bersama-sama dahulu. 

“Terima kasih saudara Howard kerana menerima pandangan dan teguran saya secara positif,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Howard sebelum ini telah membangkitkan kemarahan ramai apabila didakwa membuat tafsiran sendiri terhadap ayat Al-Quran dan videonya tular di media sosial baru-baru ini.

Susulan itu laporan polis telah dibuat ke atasnya dan semalam polis Perak telah menyerahkan siasatan berhubung kenyataan Howard itu kepada Bukit Aman.

Sementara Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dilaporkan turut menasihati semua pihak supaya berhati-hati dalam memetik atau menukilkan ayat suci al-Quran kerana dikhuatiri menafsir ayat suci itu secara di luar konteks.

Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu berkata, sebarang tafsiran terhadap ayat kitab suci itu perlu disertai dengan disiplin ilmu berkaitannya supaya ia tidak dieksploitasikan bagi kepentingan diri. – 24 September, 2023

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related