KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat yang kini sedang hamil kali kedua bakal menimang bayi lelaki tidak lama lagi.
Majlis ‘gender reveal’ telah diadakan pada Sabtu sempena pelancaran muzik video terbarunya yang berjudul ‘Be Mine’
Menariknya, jantina anak kedua mereka didedahkan menerusi video muzik berkenaan.
https://www.instagram.com/reel/CxiS1_NvUSy/?igshid=NjIwNzIyMDk2Mg==
Menurut Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 31, dia dan suami iaitu Nabil Mahir tidak mengetahui tentang jantina anak kedua mereka sehinggalah semalam. Hanya pengarah muzik video berkenaan yang tahu.

“Kami telah lakukan penggambaran sebanyak dua kali. Satu untuk anak lelaki dan satu lagi anak perempuan. Hanya pada majlis pelancaran muzik video ini baru kami tahu jantina sebenar anak kedua kami,” dedah Ayda di Instagram.
Sebelum ini Ayda dan Nabil telah memiliki seorang cahaya mata perempuan iaitu Ana Nayla yang kini berusia 2 tahun. Tahniah diucapkan kepada Ayda dan Nabil. – 24 September 2023