Siri Khas Hari Malaysia, Malaysiakini dilaporkan tidak tepat: JPN

Permohonan Kewarganegaraan sentiasa tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan perundangan yang berkuatkuasa

9:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Beberapa maklumat dan informasi yang dilaporkan portal Malaysiakini dalam siri khas Hari Malaysia ‘Merungkai Isu Golongan Tiada Kerakyatan Di Malaysia’ bertarikh 15 hingga 22 Sept lalu, adalah tidak tepat, menurut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

JPN menjelaskan berdasarkan siri kedua laporan tersebut bertajuk ‘Lewat Dapat Rawatan HIV, Kanak-Kanak Tanpa Kerakyatan Maut’ , menyatakan kesukaran dihadapi Andy untuk mendapatkan rawatan sebagai seorang yang tiada kerakyatan menunjukkan masalah birokrasi dalam JPN di Sabah, adalah tuduhan tidak berasas sama sekali.

“Permohonan Kewarganegaraan adalah sentiasa tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan perundangan yang berkuatkuasa.

“JPN tidak pernah mendiskriminasi mana-mana permohonan yang diterima. Setiap fakta dan dokumen bukti yang dikemukakan oleh pemohon akan diteliti mengikut syarat-syarat perundangan dan prosedur yang telah ditetapkan sebelum keputusan dikeluarkan,” menurut JPN dalam kenyataan hari ini.

JPN sama turut memaklumkan bagi siri kelima yang bertajuk ‘Golongan Tanpa Kerakyatan Bakal Diusir Dari Tapak Sampah’ yang mendakwa golongan tanpa kerakyatan dihalang untuk mendaftarkan kelahiran oleh JPN Lahad Datu, juga adalah tidak benar.

“Untuk makluman, semua kelahiran yang berlaku di Malaysia hendaklah didaftarkan dan sijil kelahiran akan dikeluarkan sama ada dengan maklumat taraf sebagai warganegara ataupun bukan warganegara.

“Sama sekali tiada halangan untuk ibu bapa bukan warganegara untuk mendaftarkan anak masing-masing,” katanya.

Menurut kenyataan itu, JPN sentiasa mengambil kira elemen kebajikan dan kemanusiaan pihak yang berurusan di jabatan itu namun dalam masa sama menjadi tanggungjawab dan keutamaan JPN mematuhi Perlembagaan, perundangan dan peraturan-peraturan yang berkuat kuasa ketika melaksanakan tugas bagi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara. – 22 September, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Leaders bicker while Indians suffer, Santiago slams fellow politicians

Veteran DAP man says angry politicians uncaring for the plight of Indians are the reason why some problems remain unresolved over decades

Related