PERMATANG PAUH – Lima buah kelas di tingkat tiga di Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Kandu terbakar sebentar tadi, mengakibatkan api menjulang tinggi.
Pegawai Operasi Bomba, Abd Manap Kadir berkata, pihaknya menerima laporan pada 6.02 minit dan berkejar ke tempat kejadian.
Tambahnya, kebakaran dapat dikawal dalam masa 30 minit dengan tiga buah kelas mengalami kemusnahan 100 peratus manakala dua lagi terbakar 40 peratus.
“Apabila Pasukan Bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadian, kita mendapati kebakaran berlaku di tingkat tiga sebuah sekolah dengan keluasan 50 x 150 KPS.
“Kebakaran berlaku di tingkat 3 yang melibatkan 5 buah kelas,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Jelasnya, tiada mangsa dilaporkan mengalami kecederaan atau kematian dalam kebakaran terbabit.
Dalam pada itu, menurut sumber, ketika kejadian murid-murid telah pulang awal memandangkan hari ini adalah hari mengambil kad laporan – 22 September, 2023
🚨🚨🚨
— Scoop (@Scoopdotmy) September 22, 2023
Five classrooms were damaged in the fire at a primary school in #Penang. No one was hurt in the incident.
📹 : Various sources pic.twitter.com/U7l12t2qtO