Saya bukan penyondol! Saya tidak minat suami orang, Linda Nanuwil dedah sudah punya teman istimewa bukan dalam industri

Linda turut menepis dakwaan yang mengatakan dia sudah pernah berkahwin dengan VIP sebelum ini, bahkan menafikan dia sudah bergelar Miss J

2:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon, Linda Nanuwil mendedahkan dia pernah didekati beberapa lelaki berstatus suami orang, termasuk golongan kenamaan yang berhasrat untuk menjadikan dirinya sebagai isteri.

Namun, bekas Naib Juara Akademi Fantasia Musim kedua ini mengakui tidak berminat untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana suami orang.

Linda turut menafikan dakwaan dia pernah berkahwin dengan VIP dan kini kembali solo. – Gambar Scoop/Azim Rahman, 22 September, 2023

“Saya bukan penyondol. Saya tidak okay dengan suami orang. Sebab kalau saya letakkan diri saya sebagai isteri kepada suami orang tersebut, adakah saya rela bermadu? Saya hanya cari lelaki yang cintakan saya seorang,” tegasnya.

Ditemui di majlis sidang media pementasan muzikal Lantai T Pinkie semalam, Linda turut menepis dakwaan yang mengatakan dia sudah pernah berkahwin dengan VIP sebelum ini, bahkan menafikan dia sudah bergelar Miss J.

“Saya tidak pernah berkahwin tapi sudah ada teman istimewa. Dia bukan orang dalam dunia industri. Nak tanya lebih tak boleh,” katanya.

Menurut Linda lagi, selepas menyertai Gegar Vaganza musim ketujuh pada 2020, dia telah mengambil keputusan untuk berhijrah dan menetap di Kuala Lumpur.

“Saya ambil keputusan ini kerana selepas GV dan berakhirnya Covid-19, dia mula mendapat lebih banyak tawaran untuk menyanyi dan berlakon.

“Saya tidak hilang di mana-mana. Sentiasa ada. Sebenarnya, untuk mereka yang harapkan cerita kontroversi dan panas daripada saya, tidak adalah. Sebab saya nih simple orangnya.

“Saya hanya akan kongsi perkara-perkara yang melibatkan kerja saya sahaja di media sosial. Tapi, kalau setakat makan maggie, takkan saya nak tunjuk,” katanya.

Mengulas lebih lanjut mengenai penglibatannya dalam pementasan muzikal Lantai T Pinkie yang diarahkan Siti Rosminah Tahir, Linda berkata, watak sebagai Siri Udaya yang dahulunya dibawakan Abby Abadi dalam pementasan terdahulu sungguh mencabar baginya.

Selain Linda, pementasan teater muzikal ini turut dijayakan Nabila Huda, Zera Hariz, Faysal Saad, Datuk Tamimi Siregar serta Datuk Jalaluddin Hassan. – Gambar Scoop/Azim Rahman, 22 September, 2023

“Saya dapat tawaran membawakan watak ini dapat hujung bulan Ogos. Tapi saya kena tau watak apa dulu. Bila dapat tahu saya bawa watak sebagai penyanyi kabaret okaylah. Tak jauh sangat dengan kerjaya nyanyian saya.

“Tapi, untuk watak ini saya tetap kena menari dan bermonolog. Itu cabarannya. Cuma, skrip saya tidak banyaklah. Tidak macam watak Nyai Sunarti dan Pinkie. Kedua-dua watak ini, dialog mereka banyak dan panjang-panjang.

“Sebelum ini, saya pernah ditawarkan berlakon teater daripada Siti Rohayah Atan yang juga penerbit teater ini. Tapi, waktu itu saya tidak bersedia sebab tidak yakin dengan diri sendiri.

“Linda nih berlakon pun masih kayu inikan pula berteater. Sebab teater dengan nyanyian memang jauh bezanya. Kalau nyanyi, kita tidak ingat lirik, boleh hulurkan mikrofon pada penonton. Tapi, kalau teater, tak lupa dialog, nak minta tolong dengan siapa?,” soalnya.

Pementasan teater muzikal Lantai T Pinkie terbitan CTRA Productions milik aktivis teater, Siti Rohayah Atan ini diangkat berdasarkan karya agung milik Sasterawan Negara (SN), Datuk Seri A Samad Said.

Selain Linda Nanuwil, pementasan teater muzikal ini turut dijayakan Nabila Huda, Zera Hariz, Faysal Saad, Datuk Tamimi Siregar serta Datuk Jalaluddin Hassan.

Ia bakal dipentaskan di Balai Budaya, Tun Syed Nasir di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada 6 hingga 8 Oktober ini. – 22 September, 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related