Bank Negara Malaysia selamat: Ketua Polis KL

Unit Pemusnah Bom (UPB) telah dikerahkan ke tempat kejadian dan hasil pemeriksaan teliti yang dijalankan, tidak menjumpai apa-apa barang yang meragukan

8:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan tidak menemukan sebarang bahan yang meragukan di Bank Negara Malaysia (BNM) selepas menjalankan pemeriksaan teliti susulan laporan ancaman bom di pusat kewangan negara itu hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara berkenaan dan memaklumkan kawasan BNM adalah selamat.

“Kami (polis) terima laporan kira-kira 3 petang tadi dan Unit Pemusnah Bom (UPB) telah dikerahkan ke tempat kejadian dan hasil pemeriksaan teliti yang dijalankan, tidak menjumpai apa-apa barang yang meragukan.

“Polis juga telah membuka satu kertas siasatan terhadap kes ancaman bom di BNM terbabit,” katanya. – 20 September, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related