Redza Rosli sedia dibandingkan dengan Song Seung-heon dalam Luruhnya Bunga Cinta yang diadaptasi dari Autumn In My Heart

Begitupun Redza memberitahu Luruhnya Bunga Cinta tidak mengikut serratus peratus Autumn In My Heart kerana ia perlu disesuaikan dengan acuan budaya, adat serta tradisi negara ini

7:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon kacak, Redza Rosli mengakui berdepan sedikit tekanan untuk menerajui drama Luruhnya Bunga Cinta yang diadaptasi daripada drama siri Korea popular, Autumn In My Heart, apatah lagi perlu membawakan watak sebagai Yoon Joon-suh lakonan, Song Seung-heon.

Namun, dalam drama arahan Muhamad Riza Baharudin yang dihasilkan sebanyak 20 episod itu, Redza membawa watak sebagai Nuh.

Sedia dibandingkan dengan Song Seung-heon, Redza Rosli memberitahu Luruhnya Bunga Cinta tidak mengikut seratus-peratus Autumn In My Heart kerana ia perlu disesuaikan dengan acuan budaya, adat serta tradisi kita. – Gambar TV3, 19 September, 2023

“Semua orang tahu drama ini. Ia bukan sahaja popular tetapi turut mencetuskan fenomena bahkan, ia juga sudah dijadikan versi tempatan di enam negara lain.

“Saya sendiri mengambil sedikit masa untuk menerima tawaran ini. Saya juga tertanya kenapa saya dipilih. Tapi, saya juga percaya ini soal rezeki.

“Apabila sudah diberi kepercayaan dan tanggungjawab, saya tidak akan menolak rezeki ini dan cuba memberikan komitmen sebaik mungkin,” katanya ketika ditemui pada sidang media Luruhnya Bunga Cinta.

Menurut Redza lagi, dia juga mengambil sikap terbuka andai akan segelintir peminat drama yang cuba membandingkan corak lakonannya dengan Song Seung-heon.

“Memandangkan ia sebuah drama adaptasi, maka Luruhnya Bunga Cinta tidak mengikut serratus peratus Autumn In My Heart kerana ia perlu disesuaikan dengan acuan budaya, adat serta tradisi kita. Ada babak kita ikut dan ada yang tidak.

“Sebagai pelakon drama Melayu, mustahil juga saya hendak terikut-ikut dengan cara Korea. Ini drama Melayu, jadi kita kena ikut cara Melayu. Kalau netizen hendak buat perbandingan atau hendak cakap apa sahaja, itu hak mereka.

“Kita jangan ambil negatif dengan kata-kata mereka. Mungkin, sebelum ini ada kerja-kerja saya terlepas pandang yang orang cakap pasal saya. Orang berhak cakap apa sahaja pasal saya,” katanya lagi.

Redza digandingkan dengan aktres cantik Tracie Sinidol dalam Luruhnya Bunga Cinta. – Gambar TV3, 19 September, 2023

Sering membawakan watak hero romantik yang mempunyai jalan cerita atau penampilan lebih kurang sama, Redza berkata, sebolehnya dia mahu diberikan masa setiap kali menerima watak sebegini.

“Ada saya baca orang cakap pasal isu rambut saya sama dalam beberapa. Tapi, kita kena faham cara kita bekerja di negara ini tidak sama dengan cara orang luar bekerja. Sebab kita ada dateline yang perlu dikejar.

“Saya juga kena hormati pelakon lain punya jadual kerja. Kalau nak tunggu rambut saya panjang, mungkin tidak sempatlah drama ini dibuat.

“Lagipun, ada stesen TV juga mahukan saya. Alhamdulillah, tak sempat habis satu job saya ditawarkan lagi job lain. Tapi, memang tidak sempat tukar imej disebabkan mengejar dateline,” katanya. – 19 September, 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

[UPDATED] Petronas confirms ongoing productivity reviews to ‘eliminate inefficiencies’

Responding to Scoop, industry giant said it aims to become ‘operationally focused, commercially agile and cost-efficient’, but did not clarify if it is linked to Petros deal

Related