‘Selepas 25 tahun, saya dah ada fan club sendiri,’ Lah Ahmad ajak peminat sertai La.Fanclub

Dalam perkembangan lain, Lah bakal menjayakan konsert solo keduanya, Lah Ahmad Jatuh Cinta Live At Istana Budaya pada 7 Oktober ini

11:48 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi Lah Ahmad yang juga bekas angota kumpulan V.E nampaknya tidak dapat menyembunyikan rasa terujanya apabila berkongsi cerita tentang penubuhan kelab peminatnya.

Hal itu cukup terserlah sekali apabila perkongsian itu dibuat oleh Lah Ahmad melalui hantaran video pendek di akaun Instagram miliknya sebentar tadi.

“Lah Ahmad fan club mana? Lah Ahmad fan club? Okay guys, sekarang ini selepas 25 tahun saya berkecimpung dalam industri ini, saya dah ada fan club sendiri,” katanya dengan senyuman penuh lebar.

Justeru itu, Lah Ahmad juga meminta supaya peminatnya menyertai kelab peminat rasminya yang dinamakan La.Fanclub.

Prosesnya cukup mudah sahaja. Tidak perlu tekan apa-apa link utuk mendaftar melalui e-borang.

Sebaliknya, hanya follow sahaja akaun instagram khusus @la.fanclub.

“Kat sana ada banyak aktiviti menarik yang kita akan buat. Sekarang ni ada pertandingan nyanyi lagu Lah Ahmad. Jadi anda boleh follow kelab peminat rasmi saya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Lah Ahmad atau nama sebenarnya Abdullah Ahmad, 43, bakal menjayakan konsert solo keduanya, Lah Ahmad Jatuh Cinta Live At Istana Budaya pada 7 Oktober ini.

Dianjurkan Rubbertapper Production House, Lah akan mempersembahkan 20 lagu dengan iringan Orkestra Simfoni Universiti Malaya.

Lah juga baru sahaja kehilangan nenda tercintanya, Hajah Meriah Haji Ahmah yang mesra disapa sebagai Mak Tok.

Wanita yang cukup berpengaruh dalam hidupnya itu meninggal dunia pada usia 102 tahun.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya, mengampunkan segala dosa-dosanya dan menempatkannya dalam kalangan para solihin. – 19 September, 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related