Kutip RM10 juta dalam tempoh 4 hari, mengapa No More Bets berjaya cetuskan fenomena tentang skim jenayah siber?

Filem arahan Ao Shen itu juga sedang ditayangkan di Amerika Syarikat, United Kingdom, China, Singapura dan Indonesia ketika ini

11:14 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mungkin ada yang tertanya apa yang membuatkan filem No More Bets menjadi viral hingga ia berjaya meraih kutipan sebanyak RM10 juta dalam tempoh empat hari tayangan di seluruh pawagam sejak 7 September lalu.

Bahkan, filem terbitan Dirty Monkeys dan arahan Shen Ao ini turut mencipta sejarah apabila menjadi filem dari negara China yang merekodkan kutipan pecah panggung tertinggi di pawagam di Malaysia setakat ini.

Ia juga berjaya menepis rekod yang pernah dicatatkan filem The Journey yang hanya berjaya membuat kutipan pecah panggung sebanyak RM12.92 juta dalam tempoh 25 hari tayangan.

Jawapannya adalah kerana premis filem tersebut cukup relevan dengan apa yang berlaku pada hari ini, apabila ia mengangkat subjek tentang nasib segelintir orang yang terperangkap di negara asing, dijadikan tahanan dan dipaksa menjadi sebahagian daripada skim penipuan dalam talian.

Melewati platform media sosial Twitter, No More Bets masih lagi menjadi topik hangat yang diperkatakan oleh peminat.

Seorang penggemar filem, @sofearizaidi_ memberikan komen:

“1 penonton, kurang 1 mangsa. Realiti hidup sekarang bila sindiket scam makin berleluasa. Tolonglah tengok cerita No More Bets ini.  Tolong tengok macam mana tanpa sedar kita boleh terperangkap dan jadi mangsa scam”.

Menariknya, filem tersebut juga sedang ditayangkan di Amerika Syarikat, United Kingdom, China, Singapura dan Indonesia ketika ini.

Komen @Joleya622 pula: “Hari kedua menonton No More Bets. Tiada perkataan untuk menggambarkan perasaan saya selepas dua hari menonton Yixing di skrin besar di UK!  Filem ini luar biasa, cerita, lakonan, keseluruhan pelakonnya luar biasa!!! Sangat bangga menjadi peminatnya!!!

Sementara itu, pengarahnya Shen Ao berkata, No More Bets diharap mampu memberi iktibar dan manfaat terutama kepada mereka yang terdedah serta mudah ditipu oleh skim jenayah siber.

Malah No More Bets bukan sekadar sebuah filem, tetapi satu manifestasi tanggungjawab sosial, mengingatkan penonton untuk terus berwaspada dan menjauhi bahaya penipuan dalam talian.

“Kejayaan filem ini meraih kutipan pecah panggung memang tidak dijangka. Malah, No More Bets bukan sekadar sebuah filem tetapi satu manifestasi tanggungjawab sosial, mengingatkan penonton untuk terus berwaspada dan menjauhi bahaya penipuan dalam talian,” katanya.

Menampilkan pelakon handalan seperti Lay Zhang, Gina Jin, Yong Mei dan Eric Wang, No More Bets mengisahkan dua individu yang terperangkap dalam skim penipuan dalam talian era digital sehingga mereka dipergunakan dan dipaksa untuk menjalankan aktiviti jenayah siber yang berleluasa.

Malah, hasil penipuan tersebut, seorang mangsa hampir membunuh diri dan menyebabkan polis mula menyiasat dalang di sebalik jenayah siber yang menyebabkan ramai individu kerugian jutaan ringgit.

Filem No More Bets diedarkan oleh Megafilms Distribution dan kini berada di pawagam seluruh negara. – 17 September, 2023

Topics

 

Popular

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related