Keluhan rakyat kepada Agong, Permaisuri semasa Kembara akan diteliti sebaiknya: PM

Perdana Menteri berkata Al-Sultan Abdullah masih sangat terkesan dengan pengalaman dilalui baginda dalam kembara yang berlangsung selama 11 hari itu

11:15 PM MYT

 

KUCHING – Semua keluhan rakyat yang disuarakan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sewaktu Kembara Kenali Borneo akan diteliti serta diselesaikan dengan sebaiknya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang memberi jaminan tersebut, berkata Al-Sultan Abdullah masih sangat terkesan dengan pengalaman dilalui baginda dalam kembara yang berlangsung selama 11 hari itu.

“Pada Khamis lepas, saya menghadap Yang di-Pertuan Agong dan baginda masih sangat terkesan bicara dengan penuh perasaan bergelinang air mata kerana terpegun terkesan dengan kasih sayang rakyat tunjukkan kepada baginda berdua,” katanya ketika berucap dalam Majlis Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan di sini malam ini.

Rombongan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah memulakan perjalanan kembara itu di Tawau, Sabah pada 3 September lepas sebelum mengakhiri penjelajahan selama 11 hari di Telok Melano di selatan Sarawak pada 13 September.

“Seluruh negara, bukan sahaja Sabah dan Sarawak, dikejutkan dengan sambutan hangat serta tunjuk rasa kasih kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong (sepanjang kembara itu),” katanya.

Anwar juga berkata Sarawak berjaya melangkah jauh daripada imejnya sewaktu Malaysia ditubuhkan 60 tahun dahulu untuk menjadi negeri paling ke depan di negara ini dan berpotensi menjadi lebih maju lagi.

“Hari ini Sarawak bukan Sarawak pada 1963. Hari ini Sarawak mempunyai potensi menjadi rantau atau hab tapak pembangunan industri hijau, hidrogen dan beberapa aspek hiliran yang paling hebat di rantau ASEAN ini,” katanya.

Perdana Menteri berkata kesungguhan yang ditunjukkan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk memajukan negeri itu menerusi beberapa inisiatif baharu menyebabkan beliau telah diminta memberi pandangan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri petang tadi di Wisma Bapa Malaysia di sini.

“Sebelum mesyuarat Jemaah Menteri tadi, bayangkan kalau dulu kita datang bagi kuliah kepada pemimpin Sarawak, hari ini saya minta Abang Johari beri pandangan dan kuliah kepada Menteri Persekutuan.

“Saya sebut ini tanpa bermaksud untuk memberi pujian berlebihan kepada sahabat saya Abang Johari tetapi kenyataannya, belum pernah ada mesyuarat Jemaah Menteri Persekutuan di mana pemimpin negeri diminta memberi pandangan tentang kemajuan bidang baharu diterokai dengan jayanya berdasarkan pelaksanaan di Sarawak,” katanya. 

Datuk Seri Anwar Ibrahim (Tengah) selesai menandatangani Buku Khas Hari Malaysia – Gambar Jabatan Penerangan, 16 September, 2023

Anwar turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sarawak (GRS) yang memberi dukungan kuat untuk menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong bagi mewujudkan Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata hanya menerusi kerjasama utuh dalam kalangan komponen Kerajaan Perpaduan ini yang mampu membentuk satu keadaan politik yang stabil dan seterusnya menyatupadukan rakyat bagi mengangkat semula ekonomi negara.

“Kita ada keupayaan itu. Kita pernah cuba mencapai mercu yang lebih baik, kemudian kita merudum, jatuh. Sekarang dengan semangat perpaduan ini, dengan keadaan politik yang stabil ini, kerajaan dapat memanfaatkan seluruh kekuatan untuk membela nasib rakyat Malaysia,” katanya.

Perdana Menteri berkata kesan daripada kerjasama ini juga membolehkan Kerajaan Perpaduan menumpukan strategi pembangunan di Sabah dan Sarawak khususnya dalam mempersiap kedua-dua wilayah itu susulan perancangan Indonesia untuk memindahkan ibu negaranya ke Nusantara di Kalimantan. – 16 September, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related