Hadir ke Kuala Lumpur, Paris Hilton dipuji berpakaian lebih sopan berbanding artis Malaysia

Paris sebelum ini mengunjungi Bangkok dan hadir ke Kuala Lumpur bagi mempromosikan haruman terbarunya 

8:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bintang terkenal Hollywood, Paris Hilton berada di ibu negara hari ini bagi mempromosikan Ruby Rush, minyak wangi terbaharunya.

Pihak media dan beberapa selebriti terkenal tanah air serta pempengaruh telah diundang untuk beramah mesra dengan pewaris syarikat perhotelan Hilton itu di sebuah acara tertutup sebelum beliau keluar bertemu para peminat di sebuah pusat membeli-belah ternama di tengah kota.

Beberapa bintang tempatan yang dilihat hadir termasuklah Afifah Nasir, Shaza Bae, Atisha Khan, Nazreem Musa dan ramai lagi.

Namun, apa yang menjadi perhatian netizen adalah pakaian yang dipakai Paris berbanding selebriti tempatan ke acara tersebut.

Netizen memuji Paris yang tampil berpakaian sopan dan manis dengan dress biru panjang, sementara beberapa artis Malaysia pula dilihat berpakaian seksi mengalahkan bintang Hollywood.

Netizen memuji pakaian Paris Hilton yang sopan bilamana selebriti tempatan ada yang dilihat berpakaian lebih seksi mengalahkan bintang Hollywood – Tangkapan layar, 13 September, 2023

Beliau turut tampil berpakaian sopan kala keluar bertemu dengan orang ramai dan peminat yang setia menunggu kehadirannya di kompleks beli-belah berkenaan.

Ramai peminat yang gembira dan ‘sejuk mata’ melihat penampilan sopan dan manis Paris Hilton di ibu kota hari ini – Tangkapan layar, 13 September, 2023

Ramai yang memuji kecantikannya dan teruja melihat selebriti tersebut dari dekat.

Ini adalah kunjungan kedua penyanyi Stars Are Blind itu ke Malaysia. Sebelum ini Paris berada di Bangkok pada 11 September, juga untuk mempromosikan minyak wangi Ruby Rush. – 13 September, 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Related