Inteam akui gusar bawakan lagu baharu ‘Tiada Tarikh Tamat’ dalam Konsert 5 Rukun

Kegusaran itu timbul kerana Inteam tidak pernah mempersembahkan lagu itu sebelum ini dan ia juga mempunyai bahagian rap yang sepatutnya dinyanyikan oleh Jeff Samad yang juga anggota kumpulan A To Z.

1:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kumpulan nasyid Inteam mengakui agak gusar untuk beraksi dan membawakan lagu baharu mereka ‘Tiada Tarikh Tamat’ dalam Konsert 5 Rukun yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 15 September ini.

Ini kerana Inteam tidak pernah mempersembahkan lagu itu dan ia juga mempunyai bahagian rap yang sepatutnya dinyanyikan oleh Jeff Samad yang juga anggota kumpulan A To Z.

Menurut salah seorang anggotanya, Syah, sepatutnya mereka berduet dengan Jeff untuk lagu tersebut namun secara teknikal penyanyi berkenaan tiada di dalam konsert itu.

Anggota Inteam (dari kiri) Hazamin, Syah dan Rahim. – Gambar PR, 13 September, 2023

“ Lagi satu, bukan sahaja lagu itu kita tidak pernah nyanyikan, tapi ia juga agak berbeza dengan tema lagu Inteam sebelum ini.

“Lagu itu sebenarnya agak moden tapi bila ia digabungkan dengan orkestra tradisional, ia menjadi hybrid. Tapi, itu cabaran yang kita sudah pun selesaikan dan Hisyam akan mengambil-alih tugas untuk menbawakan bahagian rap pada lagu itu,” kata Syah kepada Scoop.

Menurut Syah lagi, selain lagu Tiada Tarikh Tamat, lagu lain yang mencetuskan kebimbangan mereka adalah lagu Sahabat Selamanya yang turut dinyanyikan bersama Daqmie, Hijjaz, Rabbani dan Mestica.

“Sebab lagu Sahabat Selamanya itu, kita memang tidak pernah berlatih. Tapi, kalau untuk lagu-lagu lain, Alhamdulillah. Kita dah dah pernah buat konsert sebelum ini, jadi kita dah study tentang susunan muzik secara live dan pemuzik hanya akan ikut sahaja struktur yang diberikan.

“Persembahan menggunakan minus one dengan muzik secara live memang berbeza. Lebih-lebih lagi dengan suasana dan vibes konsert. Penonton kebiasaannya mahukan hype dari sudut muzik dan vokal. Itu yang akan kita lebihkan nanti di dalam konsert ini.

“Memandangkan ada empat lagi artis yang akan membuat persembahan, Inteam hanya akan beraksi sekitar 4 lagu sahaja termasuk lagu Sahabat Selamanya yang dinyanyikan beramai-ramai,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut tentang lagu Tiada Tarikh Tamat, Syah menjelaskan bahawa lagu itu mengisahkan tentang nilai dan erti persahabatan dengan liriknya ditulis Ad Samad yang juga abang kepada Jeff Samad.

“Liriknya sangat mendalam tetapi kita menyampaikannya secara santai. Apapun yang kita harapkan dalam persabahatan selalunya adalah untuk menghargainya dan mengharapkan ia berkekalan sampai ke akhirat,” katanya.

Tentang elemen rap di dalam lagu tersebut, Syah berkata, mereka tidak dapat menolak bahawa muzik rap sememangnya menjadi trend di kalangan generasi sekarang.

“Anak-anak saya sendiri, kalau dengar lagu nasyid, dia biasa-biasa sahaja. Tapi kalau bahagian rap, dia akan hafal. Budak-budak selalunya akan suka dengan bahagian rap kerana ia satu cabaran bagi mereka untuk menghafal.

“Ini juga satu cara untuk kita mendapatkan pendengar yang baru dan ini juga adalah lagu keempat kami yang mempunyai elemen rap,” katanya.

Selain Syah dan Hisyam, Inteam yang sudah 23 tahun terlibat sebagai artis rakaman muzik juga turut dianggotai Hazamin dan Rahim. – 13 September, 2023

Topics

 

Popular

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related