Mesyuarat MTN bincang komitmen negara kekalkan 50 peratus kawasan berhutan

Aspek ekonomi dan kemampanan merupakan perkara yang ditekankan dalam mentadbir urus soal guna tanah untuk diwarisi generasi akan datang

11:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beberapa perkara telah dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) Ke-80 yang dipengerusikan beliau termasuk komitmen negara untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus kawasan berhutan selaras dengan Sidang Kemuncak Rio De Janeiro pada 1992.

Turut dibincangkan, kata beliau, ialah dasar pelupusan tanah kepada TNB selaku penyedia perkhidmatan elektrik negara tanpa mengenepikan kuasa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan kepada Pihak-Pihak Berkuasa Negeri.

“Pada hari ini, saya telah mempengerusikan Mesyuarat MTN Ke-80 sebagai suatu wadah bagi Kerajaan Persekutuan berunding dengan kerajaan-kerajaan negeri berkaitan dasar yang menyentuh tata kelola pentadbiran tanah yang konklusif, sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan.

“MTN-80 juga bersetuju dengan keputusan Majlis Mineral Negara Ke-2 (MMN2) yang melibatkan kelulusan secara prinsip Dokumen Prosedur Operasi Standard Perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) di Malaysia serta syarat kelayakan penyediaan dan perakuan Laporan Carigali dan Penjelajahan hanya oleh Ahli Geologi Berdaftar, Ahli Geologi Asing Berdaftar, Pengamal Berdaftar atau Jurutera Profesional Dengan Perakuan Amalan,’’ katanya dalam hantaran di Facebook beliau malam ini.

Jelas Perdana Menteri, aspek ekonomi dan kemampanan merupakan perkara yang ditekankan dalam mentadbir urus soal guna tanah untuk diwarisi generasi akan datang. – 12 September, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

MCMC hits back at ‘draconian’ claims, defends DNS move to shield users from harmful content

Moreover, websites that believe to be unfairly targeted may file an appeal through the Appeals Tribunal

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related