‘No comment’: Jawapan Aina Abdul saat ditanya tentang gosip cinta bersama seorang lelaki

Menurut Aina, dia kini lebih selesa menumpukan perhatian kepada kerjaya seni, namun tidak menolak untuk berkawan dengan sesiapa sahaja.

8:57 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – ‘No comment’ itu jawapan penyanyi popular, Aina Abdul saat ditanya adakah dia kini sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang lelaki.

Menurut Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 30, dia kini selesa berkawan dengan semua orang.

“Saya ada berkawan. Nak kata rapat itu tidaklah. Tetapi saya tidak pernah menghalang diri saya untuk berkawan.

“Kadang-kadang orang selalu bertanya bagaimana saya mendapat inspirasi untuk mencipta lagu. Banyak lagu saya yang berkisarkan tentang hubungan peribadi.

“Saya pun manusia biasa. Saya berkawan dengan semua. Untuk menamatkan zaman bujang, lambat lagi,” katanya ketika ditemui pada sidang media konsert A Night With Aina Abdul 3.0 di Bukit Bintang.

“Saya pun manusia biasa. Saya berkawan dengan semua. Untuk menamatkan zaman bujang, lambat lagi,” kata Aina Abdul – Helmi Anuar/Scoop, 12 September, 2023

Tambah Aina, biarpun kini dia mahu memberikan keutamaan kepada kerjaya seni, namun sebagai wanita dia juga terdetik untuk mengenali lelaki, tetapi belum ada yang istimewa buat masa ini.

“Mungkin lelaki takut untuk mendekati saya kerana sering melihat saya bersama dengan pasukan saya. Saya pula sukakan benda yang orang tak suka. Nak cari orang yang sepadan dengan hati kita sangat susah.

“Aina Abdul ini ibarat bawang. Banyak lapis. Bila anda rasa anda mengenali saya, tetapi sebenarnya anda masih belum mengenali saya sepenuhnya,” ujarnya.

Beralih ke soal konsertnya yang akan berlangsung pada November depan, kata Aina menjadi impiannya untuk mengadakan konsert di Axiata Arena.

Dengan terjalinnya kolaborasi bersama PRIHATIN, sebahagian daripada jualan tiket konsert ini akan disalurkan ke Tabung Kasih PRIHATIN – Gambar ihsan penganjur, 12 September, 2023

“Saya melihat kebanyakan idola saya melakukan konsert di situ. Saya juga menang Anugerah Juara Lagu di tempat yang sama. Dan, ketika itulah impian saya untuk mengadakan konsert solo di Axiata Arena semakin membuak-buak.

“Mungkin akan ada yang berkata saya terlalu bercita-cita tinggi kerana berani membuat konsert di Axiata Arena biarpun belum punya album dan lagu hit yang banyak.

“Tetapi saya ambil ini sebagai satu cabaran. Saya mungkin tidak akan dapat peluang sebegini lagi di masa akan datang. Jadi lebih baik saya ambil peluang ini sekarang,” kongsinya.

Dalam konsert yang akan berlangsung pada 18 November itu nanti, Aina bakal menyampaikan lebih 30 lagu termasuk beberapa lagu baru yang akan dimuatkan dalam album solonya yang akan dipasarkan tidak lama lagi.

Bercakap tentang harga tiket konsertnya yang lebih murah berbanding ketika Konsert A Night With Aina Abdul 2.0 terdahulu, kata Aina dia terkesan dengan kecaman netizen yang membandingkan harga tiket konsertnya dengan penyanyi-penyanyi lain.

Dalam konsert yang akan berlangsung pada 18 November itu nanti, Aina bakal menyampaikan lebih 30 lagu termasuk beberapa lagu baru yang akan dimuatkan dalam album solonya yang akan dipasarkan tidak lama lagi – Helmi Anuar/Scoop, 12 September, 2023

“Sebab itu, kali ini saya duduk berbincang dengan pihak penganjur bersama iaitu Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) tentang soal harga tiket,” jelasnya.

Dengan terjalinnya kolaborasi bersama PRIHATIN, sebahagian daripada jualan tiket konsert ini akan disalurkan ke Tabung Kasih PRIHATIN khusus bagi kegunaan dan manfaat pendidikan pelajar yang tidak berkemampuan dalam ketegori B40 dan asnaf di peringkat institut pengajian tinggi.

Tiket untuk konsert ini akan mula dijual pada 15 September 2023 di laman sesawang www.ainaabdul.my.

Harga tiket pula bermula dari RM98 (silver), RM188 (gold), RM258 (platinum), RM288 (VIP), RM358 (VVIP) dan RN458 (MIP). – 12 September, 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related