Biarpun kemodenan merentas zaman, arang tetap jadi pilihan

Walaupun penggunaan dapur gas dan elektrik lebih cepat dan mudah digunakan, kaedah tradisional ini masih belum ‘pupus’ dan ada nilai sentimental kepada golongan tertentu

10:23 PM MYT

 


KOTA TINGGI – Penggunaan arang masih diperlukan dalam kalangan peniaga ikan bakar dan sate yang ingin mengekalkan aroma asli dalam hidangan tersebut.

Permintaan yang tinggi terhadap bahan bakar itu menyebabkan industri pembuatan arang semakin berkembang seiring peredaran zaman.

Walaupun penggunaan dapur gas dan elektrik lebih cepat dan mudah digunakan, kaedah tradisional ini masih belum ‘pupus’ dan ada nilai sentimental kepada golongan tertentu.

Jurugambar kami, Alif Omar, merakam proses pembuatan arang menggunakan teknik membakar kayu secara tradisional seperti yang masih dikekalkan di Kota Tinggi, Johor. – 11 September, 2023

Pekerja arang sedang melakukan pengasingan timbunan kayu yang telah disusun untuk proses pembakaran – Alif Omar/Scoop, 11 September, 2023
Pekerja arang menjaga keadaan himpunan arang untuk memastikan arang yang dibuat sentiasa dibakar – Alif Omar/Scoop, 11 September, 2023
Proses penghasilan arang daripada kayu buangan bukan sahaja rumit tetapi memerlukan kepakaran tenaga kerja yang rumit dan mencabar sehingga menyebabkan industri ini kurang diminati oleh golongan generasi baharu – Alif Omar/Scoop, 11 September, 2023
Pak Nasirudin mengayak arang untuk dimasukkan ke dalam guni – Alif Omar/Scoop, 11 September, 2023
Pembakaran arang di Kota Tinggi tidak menggunakan ‘gok’, seperti yang kebiasaannya digunakan oleh pengusaha arang tradisional susulan proses memasak mengambil masa panjang sehingga sebulan – Alif Omar/Scoop, 11 September, 2023
Pekerja warga asing sedang membuat tapisan arang untuk dimasukkan ke dalam guni – Alif Omar/Scoop, 11 September, 2023
Pak Sahitum sedang mengikat guni yang telah penuh diisi – Alif Omar/Scoop, 11 September, 2023
Walaupun dilakukan secara tradisional, pengusaha mampu mengeluarkan kira-kira antara 2,500 beg arang dalam masa sebulan namun, ia masih belum cukup untuk menampung permintaan di sekitar daerah – Alif Omar/Scoop, 11 September, 2023
Pekerja arang mengangkat guni yang telah diisi arang ke lori dibeli oleh peniaga luar – Alif Omar/Scoop, 11 September, 2023
Meskipun pada masa ini agak sukar mencari orang yang masih menggunakan arang dalam kehidupan seharian, namun bahan bakar itu masih relevan untuk digunakan – Alif Omar/Scoop, 11 September, 2023
Menurut pengusaha makanan seperti ikan bakar, kuih bakar dan sate, memasak dengan menggunakan arang lebih ‘sedap’ dan mampu menarik perhatian pembeli – Alif Omar/Scoop, 11 September, 2023
Pengalaman dan kemahiran tukang masak arang akan menentukan arang yang dihasilkan berkualiti atau tidak – Alif Omar/Scoop, 11 September, 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related