Yang Dipertua Dewan Rakyat tolak usul tergempar keputusan DNAA Zahid

Penolakan itu disebabkan aturan mesyuarat dalam persidangan Dewan Rakyat kali ini.

10:46 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Usul tergempar Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bagi memanggil Peguam Negara untuk menjelaskan mengenai keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan berkait Yayasan Akalbudi telah ditolak.

Wan Ahmad Fayhsal menerusi ciapan di Twitternya memaklumkan, penolakan itu disebabkan aturan mesyuarat dalam persidangan Dewan Rakyat kali ini.

Bagaimanapun, beliau yakin Ahli Parlimen harus bersama-sama meyakinkan Yang Dipertua Dewan Rakyat mengenai kepentingan usul tergempar itu.

“Saya yakin kita boleh sama-sama yakinkan Yang Dipertua untuk beri ruang dalam membahaskan isu ini kerana rakyat benar-benar ingin tahu kebenaran,” katanya.

Dalam video yang dimuatnaik di Twitternya, beliau berkata, Dewan Rakyat adalah dewan tertinggi untuk membicarakan masalah rakyat, dan rakyat ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku ke atas sistem keadilan negara.

Semalam media melaporkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menerima notis berkenaan usul tergempar Wan Ahmad Fayhsal pada Jumaat lepas.

Wan Ahmad Fayhsal mengemukakan usul tergempar berkenaan bagi meminta sidang Dewan Rakyat, hari ini ditangguhkan mengikut Perkara 18 (1) dan (2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat untuk memohon penjelasan daripada Peguam Negara mengenai keputusan penarikan balik 47 pertuduhan ke atas Ahmad Zahid.

Katanya, usul itu adalah perkara tertentu kerana Dewan Rakyat berhak mengetahui perincian dan asas keputusan berkenaan memandangkan Timbalan Perdana Menteri adalah seorang anggota pentadbiran kanan Kerajaan Persekutuan dan seorang Ahli Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan mahkamah itu tidak boleh dibahas pada sidang khas berkenaan kerana platform Parlimen tidak boleh ditukar untuk berperanan sebagai sebuah mahkamah bagi membincangkan mengenai keputusan mahkamah. – 11 September, 2023

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related