Zahid lakar sejarah Presiden Umno pertama hadir persidangan tahunan DAP

Anthony Loke berkata kehadiran pemimpin Umno dan BN itu turut mencipta sejarah tersendiri kepada perjalanan persidangan sejak parti itu diasaskan pada Oktober 1965

1:50 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Kehadiran Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Persidangan Parti DAP 2023 hari ini disifatkan sebagai satu sejarah baharu bagi parti itu serta arena politik Malaysia.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata kehadiran pemimpin Umno dan BN itu turut mencipta sejarah tersendiri kepada perjalanan persidangan sejak parti itu diasaskan pada Oktober 1965.

“Ini merupakan rekod baharu persidangan, sebab kali pertama dihadiri oleh Umno. Ini Presiden Umno pertama yang hadir,” katanya menyampaikan ucapan dasar persidangan itu hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan rekod persidangan DAP sebelum ini hanya pernah dihadiri oleh bekas Presiden Umno iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, yang ketika itu bukan lagi ahli Umno.

Anthony Loke berkata dengan kehadiran Datuk Seri Ahmad Zahid ke persidangan DAP itu, maka beliau boleh melihat perjalanan persidangan tahunan itu yang menggunakan Bahasa Melayu dalam ucapannya. – Azim Rahman/Scoop, 10 September, 2023

“Sebelum ini ada, tapi bekas Presiden Umno yang hadir. Tapi beliau bukan ahli Umno ketika itu. Dalam sidang medianya, beliau sebut dia kata ‘saya terkejut, saya terperanjat’ sebab dia kata DAP sudah ubah persepsinya.

“(Dr Mahathir sebut) saya tak sangka pemimpin DAP berucap dalam Bahasa Melayu. Dia sebut lagi, saya lagi terperanjat saya bersama mereka nyanyi lagu DAP yang liriknya Bahasa Melayu. Saya harap bekas Presiden Umno itu tidak lupa sebab dia memang mudah lupa,” katanya.

Loke juga secara berseloroh berharap Zahid tidak ‘terperanjat’ hari ini selepas hadir ke persidangan DAP.

“Sebab dalam DAP kita mendukung Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bukan saja ucapan, (nak) pantun pun boleh,” katanya.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berswafoto dengan delegasi yang hadir pada Persidangan DAP 2023 di Putrajaya, hari ini. – Azim Rahman/Scoop, 10 September, 2023

Dalam pada itu beliau menegaskan, DAP sama sekali tidak pernah memusuhi orang Melayu serta kaum lain.

“Datuk Seri (Ahmad Zahid) datang sini, lihat sendiri, ..adakah kita ini musuh kepada Melayu? jawapannya tidak. Kita bukan musuh kepada Melayu atau mana-mana kaum dan kita juga bukan (parti) eksklusif untuk satu kaum,” katanya.

Terdahulu, Zahid memecah tradisi apabila menjadi Presiden Umno pertama menghadiri Persidangan Tahunan DAP yang berlangsung di sebuah hotel di sini, pagi ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Timbalan Perdana Menteri itu tiba kira-kira jam 9.25 pagi sebelum diberi tepukan gemuruh oleh ribuan perwakilan. – 10 September, 2023.

Topics

 

Hangat

RM13 bil Penang Mutiara Line LRT to boost connectivity, set for 2031 completion

The 29.5-kilometre line with 21 stations aims to enhance travel across Penang and drive economic growth

DBKL slices up Havoc Food Festival in Setapak as traffic complaints boil over

Nik Nazmi steps in after residents complain of congestion, authorities shut down unlicensed event

In latest book ‘Saving the Planet’, Nik Nazmi makes urgent call for climate action

New book offers a Malaysian perspective on the global environmental crisis, highlighting economic and social stakes of climate change

Related