Kemenangan saya di Pulai, bukti Kerajaan Perpaduan semakin diterima rakyat: Suhaizan

Beliau berterima kasih kepada semua pihak yang bertungkus-lumus sepanjang kempen membantunya memenangi kerusi tersebut

11:07 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat menegaskan kemenangan diperolehinya membuktikan gabungan parti di bawah Kerajaan Perpaduan semakin diterima rakyat, khususnya pengundi Melayu.

Beliau memanjatkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang bertungkus-lumus sepanjang kempen bagi membantunya memenangi kerusi tersebut.

“(Kejayaan) Ini adalah atas kerjasama erat jentera Pakatan Harapan (PH) dan semua pihak yang memberi kemenangan di Pulai termasuk media, petugas keselamatan yang membantu melancarkan perjalanan Pilihan Raya Kecil (PRK) ini.

“Dengan majoriti lebih 18,000, ia satu majoriti yang meyakinkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan membuktikan kita diterima baik masyarakat khususnya di Johor,” katanya ketika ditemui media di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, hari ini.

Dalam pada itu, Suhaizan berkata, beliau berkemungkinan tidak akan mengalami kekalahan sehingga enam kali jika bertanding lebih awal bersama Kerajaan Perpaduan.

Menurut beliau, ini membuktikan rakyat kini sudah matang dalam memilih wakil rakyat yang mempunyai kelebihan bagi membangunkan kawasan selain menjaga kebajikan masyarakat setempat.

“Gelombang (hijau) kononnya melanda Johor tidak berlaku. Ini kita terangkan kepada pengundi kepentingan Kerajaan Perpaduan dan kenapa rakyat perlu undi untuk kestabilan agar kita boleh menunjukkan negara dalam keadaan baik dan mampu menarik pelabur.

“Kemenangan ini adalah amanah dari pengundi dan Allah. Terima kasih kepada semua pengundi yang beri kepercayaan kepada saya dan semua jentera yang membantu dari awal kempen hingga sekarang,” katanya.

Naib Pengerusi Amanah Johor itu memperoleh 48,283 undi, menewaskan Zulkifli Jaafar daripada Perikatan Nasional (PN) yang memperoleh 29, 642 undi.

Sementara itu, calon Bebas yang juga Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL), Samsudin Mohamad Fauzi hanya memperoleh 528 undi, sekali gus hilang wang pertaruhan.

Dengan kemenangan itu, Suhaizan berjaya menamatkan ‘kemarau’ kemenangan selepas tewas enam kali pada pilihan raya sebelum ini.

Suhaizan yang mula bertanding sejak 2004 tidak pernah memenangi lima kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen yang ditandingi beliau sebelum ini.

Antara kerusi DUN yang pernah ditandingi beliau adalah Kempas, Pulai Sebatang dan Kukup manakala kerusi Parlimen di Simpang Renggam serta Parit Sulong.

Bagaimanapun Suhaizan menang dengan majoriti lebih rendah berbanding majoriti besar 33,174 undi diraih Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu.

Allahyarham Salahuddin menang kerusi Parlimen Pulai dengan 64,900 undi, menewaskan Datuk Nur Jazlan Mohamed dari Barisan Nasional (BN) yang meraih 31,726 undi manakala Loh Kah Yong mewakili PN mendapat 20,677 undi. – 9 September, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related