Percubaan operasi koc wanita MRT laluan Kajang bermula hujung bulan ini

Menurut Anthony Loke, setiap koc itu mampu memuatkan lebih 100 wanita pada satu-satu masa

3:08 PM MYT

 

KLANG – Percubaan operasi bagi koc wanita untuk perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kajang akan dimulakan pada hujung bulan ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata jika inisiatif tersebut dapat dilaksanakan dengan baik, pihaknya akan memperluas usaha itu terhadap perkhidmatan tren di laluan lain.

Beliau berkata pengenalan inisiatif tersebut berikutan peningkatan kes gangguan seksual di dalam mod pengangkutan tersebut. 

“Kita akan sesuaikan dahulu (percubaan ini) supaya penumpang tahu ada koc khas untuk wanita di setiap platform stesen MRT dengan dimulakan bagi laluan Kajang. Pihak Prasarana (Prasarana Malaysia Berhad) juga telah membuat persiapan bagi tujuan itu.

“Isunya (memperkenalkan koc wanita itu) adalah apabila kita melihat berlaku peningkatan dari segi gangguan seksual dalam kereta api. Apabila tiba waktu puncak, mereka (wanita) terpaksa berhimpit dan kadangkala berlaku sentuhan fizikal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Kebangsaan Wanita DAP di sini hari ini.

Menurut Loke setiap koc itu mampu memuatkan lebih 100 wanita pada satu-satu masa.

Sebelum ini, media melaporkan Kementerian Pengangkutan akan memperkenalkan sebuah koc wanita bagi MRT laluan Kajang demi keselesaan dan keselamatan penumpang golongan itu.

Pada 28 April 2010, Keretapi Tanah Melayu Berhad memperkenalkan koc wanita yang menggunakan warna merah jambu untuk menarik perhatian penumpang wanita yang merangkumi 60 peratus pengguna.

Sementara itu, mengulas mengenai pesawat jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, dekat sini pada 17 Ogos lepas, Loke berkata laporan awal mengenai insiden tersebut akan dikeluarkan pada 15 September ini.

Nahas pesawat itu mengorbankan 10 individu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang Datuk Seri Johari Harun. – 9 September, 2023

Topics

 

Hangat

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Lim Guan Eng faces party rebellion as grassroots call for his ouster

Party insiders say growing dissent over Lim’s leadership, with critics blaming him for internal strife and strategic missteps

Grab Malaysia teams up with 100 drivers, riders to bring CNY joy to the underprivileged

More than 300 people across charity homes, nursing care centres, PwD organisations receive ‘bai nian li wu’ during the visits

Related