PRK: Peratusan keluar mengundi rendah di Pulai kerana cuaca: Pengerusi SPR

Setakat pukul 11 pagi ini, hanya 19 peratus pengundi direkodkan telah menunaikan tanggungjawab mereka untuk Parlimen Pulai, manakala di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pula 26 peratus

2:10 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Bilangan pengundi yang menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai agak rendah berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh.

Abdul Ghani berkata setakat pukul 11 pagi ini, hanya 19 peratus pengundi direkodkan telah menunaikan tanggungjawab mereka untuk Parlimen Pulai, manakala di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pula 26 peratus.

Bagaimanapun, katanya proses pengundian di kedua-dua PRK itu berjalan lancar dan terkawal tanpa sebarang kejadian tidak diingini dan berharap sasaran lebih 70 peratus keluar mengundi tercapai.

“Setakat ini, kita lihat kebanyakan pengundi yang keluar mengundi adalah di saluran satu, dua dan tiga pada pagi ini. Mungkin, orang muda ambil masa sedikit dengan mengundi pada sebelah petang nanti,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas meninjau proses pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Bukit Indah, di sini hari ini.

Abdul Ghani turut menyeru pengundi yang layak agar keluar menunaikan tanggungjawab mereka, memandangkan keadaan cuaca terutama di Pulai bertambah baik dengan mendung selepas hujan lebat sekitar 9.30 pagi tadi.

Terdahulu tinjauan Bernama mendapati, biarpun hujan lebat di beberapa kawasan di Parlimen Pulai termasuk pusat mengundi SMK Taman Bukit Indah, namun dengan berpayung, pengundi tetap keluar melaksanakan tanggungjawab mereka.

Seramai 205,810 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab mereka bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram hari ini, dengan 165,509 pemilih merupakan mengundi bagi Parlimen Pulai, sementara DUN Simpang Jeram melibatkan 40,301 pengundi.

Terdapat sebanyak 47 pusat mengundi membabitkan 294 saluran di Parlimen Pulai, manakala DUN Simpang Jeram pula sebanyak 14 pusat mengundi dengan 68 saluran. – 9 September, 2023

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related