PRK: Suhaizan seru pengundi Parlimen Pulai keluar awal mengundi, petang dijangka hujan

Beliau berharap peratusan keluar mengundi di kawasan berkenaan melebihi 70 peratus

10:17 AM MYT

 

JOHOR BAHRU – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat menasihatkan pengundi di kawasan berkenaan beramai-ramai melaksanakan tanggungjawab mereka dalam memilih wakil rakyat, malah berharap peratusan keluar mengundi di kawasan berkenaan hari ini, melebihi 70 peratus.

Naib Pengerusi Amanah Johor itu memaklumkan, setakat lebih sejam pusat pengundian dibuka, beliau berpuas hati dengan perjalanan proses pemilihan, termasuk di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Melati.

Jelasnya, suasana proses pengundian juga dalam keadaan aman tanpa sebarang insiden tidak diingini.

“Proses pemilihan, alhamdulillah berjalan lancar dan trafik pun agak baik dikawal teliti polis. Saya kira tiada sebarang halangan untuk semua pengundi turun dengan selamat di kawasan ini,” katanya ketika ditemui media di pusat pengundian di SK Seri Melati, hari ini.

Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu tiba di sekolah berkenaan bagi membuang undi pada jam 9.03 pagi.

Suhaizan ditemani isterinya, Dr Norsham Idris, 49 yang turut mengundi di sekolah sama.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan pengundi di Parlimen Pulai agar keluar mengundi lebih awal kerana cuaca pada waktu petang dijangka hujan.

“Saya mohon pengundi di Pulai dapat turun undi awal pagi ini bagi menunaikan tanggungjawab mereka sebagai rakyat.

“Dengan cuaca redup begini elok semua orang turun awal…jangan tunggu hingga petang sebab ia diramal hujan. Waktu pagi begini adalah masa terbaik mengundi,” katanya.

Sebanyak 61 pusat pengundian dengan 362 tempat mengundi atau saluran dibuka serentak bermula 8 pagi ini, sempena PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram.

Ia membabitkan 47 pusat pengundian di Parlimen Pulai dan 14 pusat pengundian di DUN Simpang Jeram yang dijadual ditutup pada jam 6 petang.

Berdasarkan data terkini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam, seramai 205,810 pengundi berdaftar bakal menunaikan tanggungjawab hari ini. – 9 September, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Four found dead after Pinkfish NYE concert in Sunway Lagoon, say cops

KUALA LUMPUR — Police have confirmed the deaths of two men and two women, all locals, who attended an electronic dance music (EDM) concert in Bandar Sunway, Subang Jaya, on Tuesday. Selangor Police...

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related