KKD berusaha pasang Starlink di kawasan capaian internet lemah

12:08 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Digital bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan berusaha melaksanakan pemasangan peranti satelit Starlink di kawasan yang mempunyai capaian Internet lemah.

Menteri berkenaan Fahmi Fadzil menerusi hantaran di laman Facebook menzahirkan kegembiraan melihat reaksi penduduk Kampung Langsat di Ranau, Sabah yang menerima baik pemasangan peranti itu.

“Alhamdulillah, saya akan berbincanag dengan pihak MCMC untuk pemasangan Starlink di kawasan yang lain pula,” katanya.

MCMC memasang peranti satelit Starlink di Surau An-Nur di kampung itu kerana terletak kira-kira 50 meter dari Sekolah Kebangsaan Kampung Langsat.

Pemasangan itu juga dapat memanfaatkan lebih 500 penduduk kampung berkenaan. – 8 September, 2023

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related