Tiada penyelesaian isu air di Kelantan jika AKSB tidak berubah

Jika AKSB tidak menyelesaikan isu ketelusan dan tadbir urus maka berapa banyak pun peruntukan yang diberikan, ia tidak akan menyesaikan masalah air yang sedia ada

12:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, isu air di Kelantan tidak akan ada penyelesaiannya sekiranya Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) tidak berubah.

Jelasnya, jika AKSB tidak menyelesaikan isu ketelusan dan tadbir urus maka berapa banyak pun peruntukan yang diberikan, ia tidak akan menyesaikan masalah air yang sekian lama menghantui rakyat di negeri tersebut.

Nik Nazmi berkata, Wasia adalah jalan terakhir namun keadaan kini belum sampai ke tahap berkenaan. – Gambar Scoop, 11 September, 2023

“Kita bersedia untuk membantulah sebab bagi kita ini bukan soal hijau, merah, biru gelap, ini soal rakyat Malaysia.

“Tapi kita nak tengok sejauh mana kesediaan AKSB untuk berubah. Kita letak politik nombor dua, bagi saya, rakyat nak undi mana pun soal nombor dua.

“Sebab kalau tak dapat selesai air, untuk parti yang bercakap pasal agama, malulah, sebab ini soal untuk menyucikan, beribadah dan sebagainya. Tapi sebagai seorang manusia pun ini satu perkara yang kita tidak boleh terima,’’ katanya.

Kata Nik Nazmi, perbincangan juga sudah dilakukan antara kementerian, kerajaan negeri dan juga kepimpinan Kerajaan Perpaduan. – Gambar Scoop, 11 September, 2023

Beliau berkata demikian dalam rancangan podcast PodaBoom pertama ‘The Good, The Bad, and The Ugly’, baru-baru ini.

Rancangan itu dihoskan oleh Ketua Pengarang Kumpulan Big Boom Media, Terence Fernandez, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Zainul Arifin dan Ketua Pemasaran dan Penjenamaan serta koordinator PodaBoom, Shazmin Shamsuddin.

Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata, kerajaan sedia membantu dan tidak menolak untuk melihat pilihan lain termasuk menerusi Akta Industri Perkhidmatan Air (Wasia).

“Tapi kita kena ingat, kita ada pilihan di bawah Wasia, dan pernah ada konflik antara Selangor dan Kerajaan Persekutuan dulu ketika zaman Tan Sri Khalid Ibrahim (bekas Menteri Besar Selangor).

“Ini pernah dibangkitkan untuk Federal ambil alih Air Selangor, jadi kita lihat pilihan itu kita tak tolak,” katanya.

Nik Nazmi semasa ditemubual Ketua Pengarang Kumpulan Big Boom Media, Terence Fernandez, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Zainul Arifin dan Ketua Pemasaran dan Penjenamaan serta Koordinator PodaBoom, Shazmin Shamsuddin dalam rancangan podcast PodaBoom pertama ‘The Good, The Bad, and The Ugly’, baru-baru ini. – Gambar Scoop, 11 September, 2023

Namun kata Nik Nazmi, perbincangan juga sudah dilakukan antara kementerian, kerajaan negeri dan juga kepimpinan Kerajaan Perpaduan.

Biarpun beliau sedia maklum untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan bukan soal mudah, namun Nik Nazmi yakin perkara itu boleh diselesaikan kerana Kerajaan Perpaduan ikhlas untuk membantu dan mengetepikan soal politik demi kesejahteraan rakyat.

“Ini masalah dibuat manusia, kita boleh selesaikan dan saya yakin, macam saya kata soal kewangan nombor dua, tatakelola dah pernah dibuat di negeri lain, syarikat bermasalah, kita buka tender bagi siapa berminat nak jadi operator dan kita lihat (sama ada) kualitinya meningkat,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk melakukan rombakan atau mengambil alih AKSB sekiranya usaha untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan tidak berhasil dan gagal mendapat kerjasama.

Nik Nazmi sebelum ini berkata, tindakan itu boleh dilakukan menerusi Wasia namun itu adalah jalan terakhir dan keadaan kini belum sampai ke tahap berkenaan. – 11 September, 2023

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related