Zarina Anjoulie berang bila wanita bernama ‘Rozieta’ mahu caras tunangnya

Bahkan, Zarina juga memberikan amaran dan mengingatkan Rozieta supaya tidak bermain api dengan dirinya

5:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Terbukti golongan penyondol memang ada di mana-mana. Terbaharu, pelakon Zarina Anjoulie naik berang apabila seorang wanita yang hanya dikenali sebagai Rozieta mahu mencaras tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey.

Dalam hantaran video terbaharunya, Zarina telah menunjukkan sekeping tisu yang ditulis dan dihantar Rozieta kepada tunang kayanya itu.

“Nak kenal dengan awak boleh. Kalau sudilah. Hanya kawan” – Rozieta.

Memberikan respon terhadap isi kandungan tisu tersebut, Zarina menulis: “Bila perempuan sangap berangan nak jadi datin. Jap seekor-seekor aku viralkan muka. Rozita jangan desperate sangat ya”.
Bahkan, Zarina juga memberikan amaran dan mengingatkan Rozieta supaya tidak bermain api dengan dirinya.

“Mari sini Rozieta. Kau tak kenal dengan aku ke? Takkan dengan tunang aku je kau nak kenal. Marilah sama-sama happy family macam Abang Tesla. Aku rembat kau, baru tau,” katanya.

Ini bukanlah kali pertama, Zarina memberikan amaran kepada wanita yang cuba mendekati Khazrul Elzey. Sebelum ini, aktres jelita berkenaan pernah mengingatkan seorang wanita supaya tidak mengikis duit kekasihnya yang juga ahli perniagaan di dalam platform TikTok.

Terdahulu, Zarina pernah bertunang dengan Khairul Elzey dan berkongsi perkata itu di media sosial pada 22 Januari lalu.

Hubungan mereka bagaimanapun tidak bertahan lama apabila Zarina mengumumkan putus tunang selepas dua minggu mengikat tali pertunangan.

Namun, dalam perkembangan terbaharu, Zarina dikatakan sudah menjalinkan hubungan semula dengan bekas tunangnya itu. – 8 September, 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related