Kerjasama ekonomi antara Asean dan rakan dialog semakin positif: Anwar

8:44 PM MYT

 

JAKARTA – Kerjasama ekonomi antara ASEAN dengan rakan negara dialog semakin positif pada Sidang Kemuncak Asean ke-43 didorong oleh pengenalan pelbagai program dan dana, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, selain isu serantau dan antarabangsa, persidangan kali ini turut memberi penekanan kepada kerjasama ekonomi di pelbagai sektor dan dibahas secara terbuka. 

“Umpamanya, negara China persiapkan dana untuk bantuan tambahan, Amerika Syarikat (AS) mewujudkan Asean-US Centre, Australia peruntuk dana untuk bidang dan India mengumumkan bantuan khas dalam beberapa bidang. 

“Jadi saya nampak ada perkembangan yang sangat positif pada sidang kali ini kerana ada tanda-tanda konkrit yang boleh mempercepat proses pelaburan kerana penekanan dibincang secara terbuka oleh pemimpin-pemimpin negara,” kata Anwar kepada media selepas menghadiri majlis penutup sidang kemuncak itu, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, susulan Sidang Kemuncak ASEAN Plus Three (APT) ke-26 pada Rabu, negara-negara anggota Asean, bersama China, Jepun dan Korea Selatan, mengeluarkan kenyataan bersama yang memfokuskan kepada pembangunan ekosistem kenderaan elektrik (EV).

Para pemimpin menghargai peranan penting yang dimainkan oleh China, Jepun, dan Korea Selatan dalam menyokong usaha Asean untuk mengurangkan pelepasan karbon dan memajukan ekosistem kenderaan elektrik.

Sementara itu, pada sidang kemuncak yang baru sahaja berakhir, Naib Presiden AS, Kamala Harris dan Asean mengumumkan hasrat mereka untuk menubuhkan, menerusi perkongsian awam-swasta, Asean-US Centre di Washington.

Pusat itu akan menginstitusikan dan memperdalamkan lagi hubungan antara AS dan Asean sambil memperkukuh sokongan untuk penglibatan ekonomi dan budaya AS dengan rantau ini. – 7 September, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related