Gagal dapat DKD dari Finas, Areel akui guna wang sendiri hasilkan filem keduanya, Walid

Disebabkan tiada suntikan dana daripada mana-mana pihak, Areel terpaksa menggunakan wang sendiri membiayai filem ini dan memikul begerapa tugas lain dalam produksi

11:11 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengarah filem, Areel Abu Bakar mendedahkan beliau tidak mendapat bantuan geran daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) untuk menghasilkan filem kedua arahan dan terbitannya, Walid yang bakal ditayangkan di pawagam pada 14 September ini.

“Memang saya ada memohon geran melalui Dana Kandungan Digital (DKD) tetapi tidak dapat. Alasan yang diberikan Finas adalah kerana ada benda yang tidak cukup yang tidak memenuhi prosedur.

“Mungkin untuk filem ketiga saya iaitu ‘Abang’ yang akan menjalani penggambaran tidak lama lagi, akan ada suntikan dana daripada Finas iaitu sebanyak satu perempat daripada bajet keseluruhan filem tersebut,” katanya pada majlis sidang media dan preview filem Walid di GSC Starling, lewat malam tadi.

Disebabkan tiada suntikan dana daripada mana-mana pihak, Areel berkata, Walid dianggap sebagai sebuah filem fakir kerana bajetnya kecil dan ia juga dibiayai menggunakan wangnya sendiri sehingga terpaksa melakukan sendiri beberapa tugas produksi lain termasuk pengarahan aksi, sinematografi dan rekaaan bentuk produksi.

Pengarah dan penerbit filem Walid, Areel Abu Bakar – Gambar Scoop/PR, 6 September, 2023

“Ada juga pihak tertentu bukan dalam kalangan syarikat produksi atau studio yang ingin membiaya filem ini kerana kononnnya berminat dalam industri filem.

“Tapi, kebanyakannya cuba untuk memanipulasi dengan orang-orang macam kami yang bergerak sendiri ini dengan memberikan syarat supaya mengubah pengarahan filem dan perlu ada Return Of Invesment (ROI).

“Tidak ada masalah kalau mereka mahu ROI, tapi kalau itu yang jadi keutamaan, saya tidak boleh terima. Saya tidak boleh kompromi dari sudut misi filem yang hendak saya sampaikan, struktur filem, pemilihan pelakon dan siapa yang patut bawa watak dalam filem itu serta kekal pasukan saya.

“Saya akan gerak dengan pasukan saya sehingga ada pihak yang sanggup terima misi dan visi saya dengan filem yang akan datang,” jelasnya.

Walid yang diterbitkan di bawah syarikat produksinya sendiri iaitu Layar Pictures Sdn Bhd adalah sebuah filem yang mengangkat isu kemanusiaan dan kenegaraan dengan menerapkan silat sebagai warisan budaya sebagai ramuan utama.

Ia turut menggambarkan isu penting perdagangan manusia di mana kanak-kanak dijadikan komoditi dalam pasaran hitam global serta menyentuh soal imigran, pelarian dengan menekankan pentingnya pendidikan kerana sesetengah ahli masyarakat ditolak hak untuk mencari ilmu pengetahuan.

Namun Areel mengakui, dia tidak melibatkan mana-mana agensi kerajaan yang berkaitan dengan isu-isu tersebut sewaktu menghasilkan Walid.

“Kalau saya libatkan mereka, kita akan terikat dengan beberapa peraturan dan saya bimbang ada banyak benda dalam filem ini yang tidak boleh dilakukan. Jadi saya elak untuk bekerjasama dengan apa-apa agensi sekali pun.

“Daripada karektor-karektor yang saya ketengahkan, saya cuba lambangkan agensi mana dan kita sendiri yang mentafsirkannya,” katanya lagi.

Jelas Areel lagi, dia juga terpaksa membuang empat hingga lima babak untuk menjadikan filem Walid ini padat.

“Saya rasa yang ada ini cukuplah. Kalau tidak, makin panjang pula filem ini. Yang tidak lepas daripada Lembaga Penapisan Filem (LPF) adalah dari sudut sari kata sahaja. Ia diubah menjadi ayat yang manis-manis.

“Satu lagi yang LPF lakukan adalah memberikan klasifikasi 16 kepada Walid. Itu yang saya sedikit ralat. Kalau klasifikasinya 13, okaylah,” katanya.

Biarpun bakal menjengah pawagam pertengahan September ini, Walid sudah pun ditayangkan di Amerika Syarikat iaitu Cine Village, New York pada 28 Julai hingga 3 Ogos dan Leammle Glendale, Los Angeles pada 11 Ogos hingga 17 Ogos lalu.

Walid dibintangi Megat Sharizal, Namron, Fad Annuar, Fieyna Tajudin, Puteri Qaseh, Shamputra, Yusran dan Yusran Hasim. – 6 September, 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related