Muhyiddin bagi keterangan pada polis isu ‘fatwa haram’ Isnin ini

Polis telah menerima dua laporan berhubung isu 'fatwa haram' itu dan telah menjalankan siasatan

7:57 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Polis akan merakam percakapan Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu ‘fatwa haram’ yang dikeluarkannya dalam satu ceramah politik pada Isnin ini di pejabatnya di Bangunan MIDA, di ibu negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, temu janji rakaman percakapan itu adalah mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah dan akan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman.

“PDRM mengesahkan menjalankan siasatan terhadap Muhyiddin yang menyifatkan tindakan mengundi bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Suhaizan Kayat sebagai haram.

“Setakat ini, dua laporan polis telah diterima berhubung kenyataan itu,’’ katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini memaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan terhadap Muhyiddin yang didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa haram mengundi calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kaiat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, Sabtu ini.

Menurut Razarudin, berkata siasatan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu dilakukan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan ketakutan dan kegentaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Mengulas mengenai siasatan terhadap Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mempertikai kuasa lembaga pengampunan, beliau berkata siasatan telah lengkap dan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara selari dengan peruntukan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan dalam tempoh terdekat.

Jelasnya, kertas siasatan berkaitan isu 3R terhadap Abdul Hadi adalah satu-satunya yang dibuka pihaknya sepanjang tempoh berkempen mulai 28 Ogos hingga hari ini. – 6 September, 2023

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Shafee unpacks legal drama of Najib’s Royal Addendum on Trick Lama

The former prime minister's lead counsel sheds light on house arrest controversy, alleged misconduct by the Attorney-General’s Chambers

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related