PRK: Calon PH, PN agresif kempen saat akhir menerusi media sosial, turun padang

Pengundi yakin Suhaizan Kaiat mampu mempertahan Parlimen Pulai demi menyambung legasi Allahyarham Salahuddin kerana dilihat lebih ramah dengan masyarakat

9:00 AM MYT

 

JOHOR BAHRU – Berjuang hingga saat terakhir. Itu perumpamaan bagi menggambarkan usaha calon kedua-dua parti bertanding, iaitu Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) berkempen pada minggu akhir untuk memancing hati pengundi sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) Johor, Sabtu ini.

Menerusi pemerhatian Scoop, berbaki tiga hari kempen menjelang hari pengundian PRK Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram itu, calon bukan sahaja menggunakan kaedah tradisi turun padang serta menyantuni pengundi setempat, malah giat mendekati golongan itu menerusi media sosial, seperti Facebook dan TikTok, bagi mengetengahkan diri serta memaklumkan manifesto dirancang.

Calon parti kerajaan dan pembangkang sama-sama memanfaatkan kelebihan media sosial itu, bagi mempromosikan calon serta parti masing-masing.

Malah, kebelakangan ini penduduk di dua kawasan berkenaan yang melayari laman media sosial boleh melihat gelagat calon terbabit, selain tindakan mempertahan pendapat dan hujah masing-masing sebagai peluru satu sama lain.

Calon PH di Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat dilihat semakin aktif di Tiktok dengan memuat naik video kempen, bagi memikat hati pengundi, termasuk anak muda.

Antara video yang menerima tontonan tertinggi di akaun TikToknya, adalah program walkabout bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu lebih 88,600 dan 10,400 tanda suka.

Pada masa sama, calon PH di DUN Simpang Jeram, Nazri Abdul Rahman memaksimumkan penggunaan media sosial untuk berkongsi pelbagai aktiviti harian kempen dan mendekati pengundi.

Sementara itu, calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Pulai, Zulkifli Jaafar, tidak ketinggalan menggunakan medium sama bagi menyiarkan rangkuman kempen, sama seperti usaha dilaksanakan calon PN di DUN Simpang Jeram, Dr Mazri Yahya.

Lebih menarik, sebagai seorang doktor, Dr Mazri berkongsi ilmu berkaitan kesihatan.

@mazriyahya

5 Tips bangun di awal pagi. Untuk penggemar kopi, ada pesanan untuk anda. “Kita Jaga Kita” #PNtetapBest #PRKSimpangJeram #PrihatinBersihStabil #PN4SimpangJeram #DrMazriYahya

♬ Coastline – Hollow Coves

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian di ruangan komen setakat ini, penyokong lebih memberi sokongan kepada Suhaizan bagi mempertahankan Parlimen Pulai, namun Nazri seolah-olah ditolak anak muda.

“Saya yakin Suhaizan mampu mempertahankan Parlimen Pulai demi menyambung legasi Allahyarham Salahuddin. Dia dilihat lebih ramah dengan masyarakat,” luah Ah Cong di TikTok.

“Nazri punyai kelebihan untuk menang namun sila kerja keras kerana orang Melayu sini lebih dekat jiwanya dengan PAS. Kalau sentiasa usaha dengan lebih banyak sudah pasti beliau boleh tewaskan Mazri,” kata Rozah Jaafar.

Dalam pada itu, penganalisis politik, Dr Mohammad Tawfik Yaakub pula berpendapat, pendekatan di platform media sosial adalah kaedah lebih kontemporari dan mampu mendapat khalayak lebih meluas dalam pilihan raya.

“Walaupun PN berkempen menggunakan taktik sama seperti digunakan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, namun PH mempunyai peluang memenangi PRK Pulai.

“Ini adalah kerana populasi pengundi bukan Melayu adalah tinggi di Parlimen Pulai, (jadi) media sosial masih tidak mampu menggugat pendirian politik bukan Melayu secara keseluruhan,” katanya. – 6 September, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related