PM tiada kaitan dengan keputusan diambil Jabatan Peguam Negara: Saifuddin Nasution

Kuasa dan tindakan peguam negara itu berlandaskan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan

10:34 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Tindakan Jabatan Peguam Negara yang tidak meneruskan pendakwaan terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, tiada kaitan dengan kuasa eksekutif Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kuasa dan tindakan peguam negara itu berlandaskan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

“Untuk mendakwa atau tidak, untuk teruskan atau tarik balik (pendakwaan), itu kuasa yang ada dalam Perlembagaan (Persekutuan)… sebab itu saya menolak dan menangkis tuduhan dan andaian bahawa apa yang dibuat oleh peguam negara, semuanya di bahu (arahan) Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas ceramah kelompok Pakatan Harapan di Taman Anggerik, Kempas di sini malam ini.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid, 70, selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, yang memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Ahmad Zahid.

Sementara itu mengulas gesaan Ahli Parlimen Subang Wong Chen untuk melakukan reformasi institusi terhadap pemisahan kuasa peguam negara dan pendakwa raya, Saifuddin Nasution yang juga Setiausaha Agung PKR berkata sistem yang diguna pakai ketika ini, diwarisi daripada kerajaan sejak dahulu.

Beliau berkata pelantikan penguam negara adalah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, berdasarkan usul ketua eksekutif.

“Ini bukan pertama kali (pelantikan peguam negara atas usul ketua eksekutif), kita warisi sistem yang sudah berjalan, kalau ada apa-apa usul untuk ubah keadaan (sistem) sekarang…kita akan tengok (teliti),” katanya.

Sementara itu, ketika berucap dalam ceramahnya, Saifuddin Nasution berkata tindakan pihak pembangkang menyalahkan perdana menteri berhubung kes Ahmad Zahid, mencerminkan pendirian pembangkang yang tidak konsisten.

Beliau berkata ini kerana, apabila kes mahkamah melibatkan pemimpin pembangkang dan mereka dibebaskan tidak timbul masalah, tetapi apabila melibatkan kes pemimpin kerajaan mereka mula memainkan sentimen salah kuasa perdana menteri.

“Beberapa minggu lepas penguam kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, iaitu Datuk Hisyam Teh Poh Teik berhujah dan Muhyiddin dibebaskan….kini, Hisyam juga peguam kepada Ahmad Zahid dan dibebaskan juga… tapi yang salah Anwar.

“Lihat tak kosistennya mereka (pembangkang), bila yang lepas itu orang kita (dalam kalangan pembangkang) itu ok…tapi bila lepas itu musuh (kerajaan) kita (pembangkang) Anwar yang salah, seolah-olah Anwar yang ketua eksekutif ini semua di bawah telunjuk dia,” katanya. – 5 September, 2023

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Related