Jaket merah Norman KRU dilelong, nilai cecah RM550 pada hari pertama bidaan

Jaket merah itu digunakan oleh Norman sewaktu menjayakan album kompilasi dan konsert terakhir KRU pada 2018

9:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Berbanding dua adik-beradik lelakinya, Datuk Yusry Abdul Halim dan Edry Abdul Halim, Datuk Norman Abdul Halim dikenali sebagai seorang yang lebih meminati bisnes dan sering mencari peluang perniagaan.

Lebih-lebih lagi dalam memastikan empayar perniagaan KRU terus kekal dan berkembang kepada cabang perniagaan lain, sama ada berkaitan muzik dan filem atau sektor lain.

Terkini, melalui hantaran video di Instagram miliknya, Norman memaklumkan bahawa KRU membuka platform e-dagang mereka, iaitu www.kru2u.com.

Selain menjual jersi bola sepak pelbagai warna dinamakan Malayan Tiger, Norman melakukan lelongan untuk sehelai jaket merah yang pernah dipakainya sewaktu KRU tampil dengan album kompilasi Gergasi pada 2018.

Menerusi video itu, Norman sambil memegang jaket merahnya dengan berlatar belakang artwork album kompilasi Gergasi berkata, ia adalah karya seni terakhir KRU dan digunakan untuk mempromosikan konsert mereka yang terakhir di Istana Budaya pada tahun sama.

“Apa yang istimewa, saya memakai jaket ini dan buat pertama kalinya, kita nak jual secara auction (lelong) di KRU2u.com. Jaket ini ada nilai nostalgianya. Harap-harap anda boleh mendapatkannya dan mulakan proses bidding (membida).

“Proses bidding bermula pada hari ini dan akan kita tamatkan pada 15 September nanti. Jadi kalau berjaya, kita akan buat banyak lagi produk selebriti lain di www.kru2u.com,” katanya.

Dalam pada itu, Norman menyatakan, hanya dalam tempoh beberapa jam, bidaan tertinggi untuk jaket merahnya itu mencecah RM550. – 5 September, 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Related