MCMC pertimbang pelesenan platform digital tangani kandungan mudarat, beri pampasan adil kepada media

Mencontohi Australia dan Kanada, penglibatan KKD dan MCMC dengan platform dalam talian menunjukkan komitmen tidak berbelah bahagi dalam menangani cabaran pasaran digital

12:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia akan mempertimbangkan untuk menggunapakai rangka kerja pelesenan dan kawal selia platform digital termasuk Meta dan Google, sebagaimana dilaksanakan di Australia dan Kanada.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, langkah itu bertujuan untuk mengawal selia platform digital dan mengekang penyebaran kandungan memudaratkan berkaitan penderaan seksual kanak-kanak, perjudian dalam talian, kandungan menyentuh perkauman, agama dan institusi diraja (3R), penipuan dan pancingan data, penjualan serta promosi bahan terlarang serta penyebaran maklumat dan berita palsu.

Menurutnya lagi, KKD dan MCMC juga berhasrat memastikan pampasan yang adil untuk pencipta dan kandungan berita berikutan ketidakseimbangan dalam Perbelanjaan Pengiklanan (ADEX) antara platform digital dan media tempatan.

Ini termasuk perancangan untuk menggalakkan persaingan yang adil, mengukuhkan hak harta intelek, melindungi pengguna daripada kandungan memudaratkan dalam talian serta menjaga privasi pengguna.

“Susulan kelulusan Mandatory News Media Bargaining Code yang pertama di dunia, Google dan Meta membuat perjanjian pampasan sukarela dengan saluran berita, sebagai contoh berhubung kepentingan pampasan yang adil.

“Begitu juga dengan Rang Undang-Undang C-11 Kanada yang bertujuan mengawal selia platform penstriman dan yang menggalakkan sokongan terhadap kandungan berkaitan Kanada.

“Mencontohi Australia dan Kanada, penglibatan KKD dan MCMC dengan platform dalam talian menunjukkan komitmen tidak berbelah bahagi dalam menangani cabaran pasaran digital,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, MCMC berkata, usaha itu melangkaui pembayaran kepada pencipta berita semata-mata kerana ia merupakan titik permulaan bagi revolusi teknologi Kecerdasan Buatan (AI).

“KKD dan MCMC mengakui kepentingan teknologi ini dan menyasarkan dapat melaksanakan peraturan serta amalan yang adil dan bijak.

“Ketika Malaysia melakar perjalanannya dalam era digital, kami komited untuk memupuk persekitaran di mana platform digital beroperasi secara adil dan bertanggungjawab demi kepentingan awam,” katanya.

Keputusan itu dicapai hasil perbincangan yang berlangsung semalam di ibu pejabat MCMC di Cyberjaya, yang dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha KKD, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Perbincangan itu turut dihadiri anggota Suruhanjaya MCMC, Derek Fernandez dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Selain itu, TikTok juga dijadualkan akan bertemu MCMC untuk mesyuarat bagi membincangkan titik fokus yang sama. – 5 September, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related