Tersalah umum nama pemenang Bintang Kecil RTM 2023, Sweet Qismina dikecam netizen

Pelakon popular, Sweet Qismina menjadi mangsa kecaman netizen selepas tersalah umum nama pemenang rancangan Bintang Kecil RTM 2023 yang disiarkan secara langsung malam tadi

2:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Gara-gara tersalah umum nama pemenang pertandingan Bintang Kecil RTM 2023 yang berlangsung malam tadi, pengacaranya iaitu pelakon popular, Sweet Qismina telah dikecam netizen.

Video mengenai kesilapan pengumuman pemenang itu telah menjadi tular di media sosial, malah ‘FYP’ di aplikasi Tik Tok.

Sweet dan rakan pengacaranya iaitu Azam Pitt telah mengumumkan nama pemenang yang salah, selepas lampu disuluhkan kepada peserta yang salah. Sweet kemudian sekali lagi tersalah umum pemenang bagi kategori persembahan terbaik.

Rata-rata netizen mengecam Sweet yang dikatakan hambar dan tidak tahu mengawal situasi canggung itu. Malah dia sempat menyatakan bahawa apa yang berlaku adalah gimik semata-mata yang diibaratkan sebagai mencurah minyak ke dalam api.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh seorang netizen yang menggunakan nama Noor Zawazi Yusof di Facebook, dia menyifatkan kesilapan yang berlaku itu adalah sesuatu yang sangat memalukan.

“Kenapa teruk sangat cara pengacaraan Bintang Kecil 2023. Azam Pitt dan Sweet Qismina tolonglah pergi belajar dulu untuk menerajui rancangan secara langsung. Penerbit pula jangan main ambil sahaja sesiapa yang kami minat tetapi bakat ke laut.

“Sebagai penonton saya rasa anda sangat gagal dalam tugasan ini. Di samping gagal mengawal penonton dari awal hingga akhir, kelihatannnya anda tidak diberikan taklimat sewajarnya atau tidak melakukan sesi raptai langsung. Bagaimana mungkin rancangan berprestij sebegini menjadi sehambar itu? Semua benda yang diungkapkan oleh pengacara perlu dilihat pada kad?” tulisnya dalam status yang panjang lebar itu.

Tambahnya lagi, kesemua lapan peserta pada malam itu telah mempamerkan persembahan yang sangat hebat namun sayangnya tragedi memalukan berlaku disaat pengumuman pemenang.

“Bagaimana boleh berkali-kali tersalah umum keputusan terutamanya ketika pengumuman juara. Bagaimana boleh berlaku kesalahan teknikal suluhkan lampu pada peserta yang salah? Ia memalukan! Kalau tak mampu buat, jangan buat gimik yang akhirnya membunuh klimaks rancangan ini,” tulisnya.

Komen netizen tentang pengendalian Bintang Kecil RTM 2023 – Tangkapan layar, 4 September, 2023

Status itu telah mendapat perhatian Sweet dan dia telah membalas komen berkenaan di ruangan komen.

“Maaf sangat atas kesilapan besar dari pihak kami. Situasi tadi pertama kali berlaku untuk saya. Banyak benda yang saya perlu belajar dan asah. Saya sangat memerlukan teguran untuk mengasah lagi kekurangan sebab saya serius untuk belajar menjadi pengacara. Ulang kaji telah dibuat, mungkin tidak cukup. Kalau diberi peluang lagi, saya akan belajar lebih lagi. Maaf sekali lagi,” tulisnya.

Balasan Sweet Qismina kepada komen netizen – Tangkapan layar, 4 September, 2023

Pada malam konsert akhir Bintang Kecil RTM 2023 yang berlangsung di Kuching, Sarawak itu menyaksikan peserta dari Sabah, Kiki atau nama sebenarnya Fateeha Nasleen muncul sebagai juara sekali gus membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM20,000. — 4 September, 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Closure of Bandar Sri Damansara post office worries local community – Ravindran Raman Kutty

BANDAR Sri Damansara is a unique township that is equipped with almost every amenity, including a dynamic post office. We, through the resident’s association, managed to secure this post office in the late 1990s, and our residents have been enjoying the services to date. 

Related