Saya takkan derhaka dengan dikir barat, apa makna di sebalik kata-kata Issey Titan itu?

Kata-kata itu dilontarkan sewaktu dia menjayakan acara Dikir MOB Gegar bersama kumpulan Dikir Warisan Seni Samudera

3:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Biarpun sudah mencipta nama sebagai pelawak, pelakon, pengacara dan penyampai radio popular, Issey Titan sama sekali tidak pernah melupakan asal usulnya sebagai tukang karut dikir barat.

Buktinya, Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussein, begitu bersemangat sewaktu menjayakan acara Dikir MOB Gegar bersama kumpulan Dikir Warisan Seni Samudera yang berlangsung di hadapan pusat beli-belah Sogo, petang semalam.

Sebelum berjinak dalam industri hiburan, Issey memulakan kerjaya seninya sebagai tukang karut dikit barat. – Gambar Facebook, 2 September, 2023

Acara Dikir MOB Gegar anjuran radio THR Gegar FM itu diadakan bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-66 yang diraikan pada 31 Ogos lalu.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya semalam, Issey yang juga salah seorang penyampai radio THR Gegar turut berkongsi kemeriahan acara itu.

“Hari ini (semalam), kami team Gegar berdikir barat di tengah bandar KL depan pasaraya Sogo. Meriah.

“Saya sayang dikir barat. Saya takkan derhaka dengan dikir barat,” katanya.

Kenyataan itu sekaligus membuktikan bahawa populariti diraihnya dalam bidang seni tidak akan memadam rasa cintanya terhadap seni warisan dikir barat.

Sebelum berjinak dalam industri hiburan, Issey terlebih dahulu memulakan kerjaya seninya sebagai tukang karut dikit barat.

Malah, beliau pernah menjuarai pertandingan Dikir Barat Kebangsaan 2010 anjuran RTM. – 2 September, 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related