6 beranak maut nahas 5 kenderaan di Jalan Segamat-Kuantan

Nahas dipercayai berlaku apabila lori membawa muatan pasir memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Perodua Alza dinaiki enam beranak itu

11:27 AM MYT

 

SEGAMAT – Seorang kanak-kanak lelaki lima tahun meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital, menjadikannya korban keenam kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, kanak-kanak itu dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah di kepala dan badannya. 

“Sementara itu, seorang lagi remaja lelaki 15 tahun cedera parah dan masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Segamat,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, sepasang suami isteri berserta anak-anak mereka berusia 10, 13 dan 17 tahun, yang menaiki Perodua Alza, dilaporkan maut dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan.

Ahmad Zamry berkata, kemalangan pada jam 6.37 petang itu, dipercayai berlaku apabila sebuah Honda HRV dari arah Kuantan memperlahankan kenderaan kerana terdapat kerja pembaikan jalan.

Namun katanya, lori membawa muatan pasir di belakang kenderaan tersebut gagal membrek dan hilang kawalan, lalu melanggar belakang Honda HRV itu.

Beliau berkata, lori tersebut kemudiannya memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Perodua Alza yang datang dari arah Segamat menghala ke Kuantan.

“Pemandu lori itu mengalami kecederaan parah manakala pemandu dan penumpang Honda HRV serta dua kenderaan lain yang terlibat iaitu Proton Wira dan Perodua Bezza, dilaporkan selamat,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zamry turut meminta saksi awam yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan tersebut agar menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Segamat (BSPTD) di talian 07-9325811 bagi membantu siasatan.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – 2 September, 2023

Topics

 

Hangat

More attempts to disrupt what it means to be a Malaysian – Terence Fernandez

Non-Muslims just want to stay in their lane but rules governing Muslims inadvertently impact minorities too

Govt confirms scrapping of proposed guidelines on Muslims attending non-Muslim events

However, Jakim can still advise Muslims on attending the events, although it is not policy

Sultan Ibrahim leaves for medical treatment abroad

YDPA is accompanied by his sons Tunku Abdul Rahman and Tunku Abu Bakar

Related