Agong zahir tahniah kepada Kerajaan Perpaduan, sambutan luar biasa Hari Kebangsaan 2023

Seri Paduka turut menzahirkan rasa sukacita dan kagum dengan sambutan itu yang dijayakan dengan penglibatan jabatan dan agensi kerajaan serta pihak swasta

5:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Kerajaan Perpaduan bagi penganjuran sambutan Hari Kebangsaan 2023 yang meriah dan luar biasa di Putrajaya, semalam.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Mej Jen Datuk Zahari Mohd Ariffin berkata Seri Paduka turut menzahirkan rasa sukacita dan kagum dengan sambutan itu yang dijayakan dengan penglibatan jabatan dan agensi kerajaan serta pihak swasta.

Al-Sultan Abdullah bertitah sambutan Hari Kebangsaan tahun ini amat besar maknanya buat baginda dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang menyambutnya buat kali terakhir selaku Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

“Sambutan ini menjadi kenangan manis yang akan sentiasa dalam ingatan buat Seri Paduka Baginda berdua,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa terharu dan terima kasih kepada rakyat pelbagai kaum yang telah datang menyertai dan memberi sokongan untuk meraikan sambutan hari yang bersejarah itu.

Zahari berkata Seri Paduka amat kagum menyaksikan persembahan yang ditunjukkan oleh kesemua kontinjen serta peserta daripada pelbagai peringkat umur yang mempamerkan semangat kenegaraan dan cintakan negara.

Al-Sultan Abdullah turut bertitah semangat perpaduan dan patriotisme yang dipamerkan dalam setiap acara dan majlis yang dianjurkan di seluruh negara sangat membanggakan dan sewajarnya dipuji.

Baginda berharap semangat yang secara langsung mencerminkan keakraban rakyat pelbagai kaum itu dapat memperkukuh lagi keharmonian negara.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mengajak seluruh rakyat untuk bersama-sama mendoakan agar kedaulatan Malaysia terus dipelihara dan dilimpahi dengan segala keberkatan dan keamanan yang berkekalan.

Lebih 100,000 orang membanjiri Dataran Putrajaya semalam bagi menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan 2023 yang melibatkan 17,262 peserta, 67 kontinjen, 36 kumpulan pancaragam, 534 aset darat dan aset udara serta 100 ekor haiwan dalam perkhidmatan.

Sambutan itu turut disiarkan dan diikuti jutaan rakyat Malaysia secara langsung menerusi televisyen dan laman media sosial serta diraikan secara serentak di seluruh negara bermula pukul 7 pagi. – 1 September, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

MCMC recorded nearly 9,500 reports on cyberbullying in the last three years

Online scams are just behind with 9,321 complaints; 143 reports on child sexual content

Related