Rakyat bosan dakwaan tidak masuk akal Abdul Hadi – Mohd Hairi

Rakyat khususnya golongan muda di Johor lebih berminat untuk mendengar agenda meningkatkan taraf ekonomi berbanding isu politik

4:43 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Parti PAS dan Perikatan Nasional (PN) seharusnya mengutamakan tawaran dan agenda yang ingin dibawa di negeri ini sebagai bahan kempen semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Simpang Jeram dan bukannya retorik kosong tentang perubahan kerajaan Pusat.

Naib Ketua Pemuda UMNO Mohd Hairi Mad Shah berkata ini kerana rakyat khususnya golongan muda di Johor lebih berminat untuk mendengar agenda meningkatkan taraf ekonomi berbanding isu politik.

“Rakyat sebenarnya sudah bosan mendengar dakwaan tidak masuk akal daripada Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, bahawa kemenangan parti itu akan membantu merubah kerajaan Persekutuan.

“Saya tidak tahu solusi atau bagaimana cara yang boleh diadaptasi (PN-PAS) sehingga boleh membentuk kerajaan baharu.

“Rakyat sudah letih… kalau lihat di Kelantan, Terengganu dan Kedah (selepas kemenangan PN) akhirnya Menteri Besar mereka tetap juga bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jadi amat penting keselarian antara kerajaan negeri dan kerajaan Pusat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Sukan Bangsa Johor 2023, di Stadium Arena Majlis Bandaraya Johor Bahru, di sini hari ini, sebagai mengulas dakwaan Abdul Hadi bahawa kemenangan calon PN di Pulai akan mengukuhkan perubahan kerajaan yang menurutnya boleh berlaku bila-bila masa.

Sementara itu, Mohd Hairi yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Larkin turut meminta agar pengundi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram terus memberikan kepercayaan kepada calon Pakatan Harapan (PH) yang mewakili Kerajaan Perpaduan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri berkata rakyat boleh menilai usaha dan komitmen dipamerkan kerajaan Pusat dan kerajaan negeri mentadbir menerusi pelbagai inisiatif, khususnya Agenda Maju Johor 2030.

Katanya Barisan Nasional (BN) dan PH sentiasa bekerjasama bagi memenangkan calon di kedua-dua kerusi itu.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka, berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, pada 23 Julai lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK bagi kedua-dua kerusi itu diadakan serentak dengan hari pengundian awal pada 5 Sept, diikuti hari pengundian 9 September – 1 September, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

[UPDATED] Petronas confirms ongoing productivity reviews to ‘eliminate inefficiencies’

Responding to Scoop, industry giant said it aims to become ‘operationally focused, commercially agile and cost-efficient’, but did not clarify if it is linked to Petros deal

Related