NIMP 2030 tawar manfaat menyeluruh kepada pemain industri

Apa yang penting adalah rakyat, dengan kita menyasarkan penyediaan pekerjaan dengan gaji lebih tinggi dan berkualiti: Zafrul

12:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR  –  Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) menyasarkan untuk membentuk sektor pembuatan yang kukuh dan berdaya tahan, menawarkan manfaat menyeluruh kepada pelbagai pihak berkepentingan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, tidak seperti sebelumnya, NIMP 2030 telah melaksanakan pendekatan yang berbeza untuk pembangunan perindustrian.

“Keadaan ini disumbangkan oleh beberapa faktor iaitu pertama, kita mesti mengakui pelbagai cabaran global dan domestik yang terus menghalang pertumbuhan, termasuk pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS),” katanya ketika berucap pada pelancaran NIMP 2030 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini hari ini.

Beliau berkata, faktor kedua adalah pelbagai trend dunia yang berlaku dan ketegangan geopolitik yang telah mempengaruhi rantaian bekalan global dan persekitaran perdagangan.

“Tonggak usaha kami adalah PKS. Matlamat kami adalah meningkatkan daya saing mereka, membolehkan mereka bersepadu dengan lancar kepada rantaian bekalan global. Apa yang sama penting adalah rakyat, dengan kita menyasarkan penyediaan pekerjaan dengan gaji lebih tinggi dan berkualiti.

“Menerusi tranformasi industri, kami komited untuk membangunkan semula kumpulan pertengahan, memastikan pihak berkepentingan utama juga boleh berkembang maju demi masa depan yang makmur,” katanya. – 1 September, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related