KUALA LUMPUR — Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) meninggal dunia selepas rebah ketika perbarisan sempena sambutan Hari Merdeka peringkat Negeri Sembilan di Dataran Majlis Bandaraya Seremban, pagi tadi.
Menurut Ketua Polis Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, lelaki yang berusia 53 tahun itu dikatakan mengalami serangan jantung ketika melakukan lintas hormat kira-kira pukul 10 pagi tadi.
“Bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian disebabkan masalah jantung dan pemeriksaan pada tubuh badan mangsa mendapati tiada unsur jenayah dikesan.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tambahnya, anggota Rela itu kemudiannya disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), di Negeri Sembilan,’’ katanya. – 31 Ogos, 2023