Rakyat Malaysia boleh langgan Pakej 5G Rahmah mulai hari ini

Pakej itu menawarkan pelan pascabayar serendah RM60 sebulan dengan data minimum 60GB

2:28 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Mulai hari ini bersempena sambutan Hari Kebangsaan, rakyat Malaysia layak melanggan Pakej 5G Rahmah dengan spesifikasi asas pelan data membabitkan telefon pintar berharga tidak melebihi RM240.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, dalam kemeriahan sambutan kemerdekaan negara, rakyat boleh menggunakan peluang melanggan pakej terbabit yang juga menawarkan pelan pascabayar serendah RM60 sebulan dengan data minimum 60GB sehingga Disember ini.

“Penjawat awam juga akan mendapat rebat RM10 sebulan untuk tempoh 12 bulan bagi pakej pascabayar bernilai RM60 dan ke atas, mulai 16 September ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya di sini, hari ini.

Selain itu, bagi menghargai pengamal media di negara ini, Fahmi berkata, golongan berkenaan boleh menikmati rebat sebulan bil telefon bimbit bagi September, di bawah Insentif Rebat Rahmah Pengamal Media.

Katanya, semua pengamal media yang memiliki kad perakuan media Jabatan Penerangan, layak mendapat rebat satu bulan bil telefon bimbit itu.

“Insya-Allah ada beberapa perkara lagi akan diusahakan untuk pengamal media,” katanya.

Selasa lalu, ketika melancarkan pakej 5G Rahmah, Fahmi berkata, inisiatif itu membabitkan pilihan telefon pintar sama ada jenama Samsung A14 5G atau Honor 90 Lite 5G.

Pakej itu menawarkan spesifikasi asas bagi pemberian pakej 5G Rahmah dan pihak telco amat digalakkan menyediakan tawaran lebih baik, – 31 Ogos 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Closure of Bandar Sri Damansara post office worries local community – Ravindran Raman Kutty

BANDAR Sri Damansara is a unique township that is equipped with almost every amenity, including a dynamic post office. We, through the resident’s association, managed to secure this post office in the late 1990s, and our residents have been enjoying the services to date. 

Related