KUALA LUMPUR — Keterujaan orang ramai untuk menyaksikan perarakan sempena Hari Merdeka ke-66 di Dataran Putrajaya tidak menghalang mereka untuk berada di situ sejak malam tadi.
Kebanyakan berbuat demikian kerana tidak mahu melepaskan peluang untuk berada di tempat hadapan bagi melihat perarakan yang disertai oleh pelbagai kontinjen termasuk persembahan khas yang menampilkan artis terkenal tempatan.
Gambar-gambar menarik penonton yang memenuhi Dataran Putrajaya sejak malam tadi memenuhi media sosial. Kebanyakannya datang bersama keluarga dengan membawa bersama tikar dan kerusi lipat.
Meriah guys kat dataran Putrajaya hujan pun sanggup tunggu Sampai pagi esok demi hot seats depan pentas utama ..confirm esok sesak teruk nk masuk ke Putrajaya
— Captain 🏂⚓ (@captain68404915) August 30, 2023
Kredit live tiktok pic.twitter.com/9YUnhU8umc
Tepat jam 12 tengah malam, masing-masing yang berada di Dataran Putrajaya bangun sambil menyanyikan lagu Negaraku, sebagai meraikan pembebasan negara daripada penjajahan, meskipun tanpa detuman mercun dan bunga api.
Menurut salah seorang warganet, Zaf, dia tiba di Putrajaya pada 2.40 pagi tadi ketika hujan lebat namun reda dengan keadaan berkenaan.
Malah katanya, gerai-gerai makanan turut dibuka di situ pada waktu berkenaan.
“Putrajaya hujan lebat tapi dah reda. Aku sampai pukul 2.40 pagi tadi tapi suasana macam dah 8 pagi. Gerai makanan banyak yang dah start jual,’’ demikian tulisnya menerusi Twitter @ThisIsZharif
Putrajaya hujan lebat tadi tapi dah reda. Aku sampai pukul 2.40 pagi tadi tapi suasana macam dah 8.00 pagi. Gerai makan banyak yg dah start jual. Parking area Masjid Sungai Besi macam dah penuh. Ramai yg parking tepi jalan je. 🤣 Bawak lah raincoat ye. https://t.co/pRVHxmovx3 pic.twitter.com/CNcqbRwYOD
— Zaz (@ThIsIs_Zharif) August 30, 2023
Sementara Kemal pula memaklumkan dia tiba 2.25 pagi tadi di sekitar Dataran Putrajaya dan ramai yang sudah memenuhi kawasan berkenaan sambil berteduh dengan payung.
Situasi pada jam 2:25 pagi di sekitar Dataran Putrajaya.
— kemalz (@theikhmalzikry) August 30, 2023
Ramai sanggup stay berteduh dengan payung di tempat duduk awam. Memang penuh dah wehh. Semangat lain macam nak tengok perbarisan merdeka ni.
Ada lagi ramai berteduh di bangunan-bangunan berdekatan. pic.twitter.com/y03YEWTpAv
Meskipun ada segelintir yang mungkin menganggap kesanggupan penonton ini hadir sejak malam tadi dan berada di Dataran Putrajaya dalam hujan lebat pada awal paginya sebagai satu kegilaan, namun semangat mereka harus dipuji.
Ia menunjukkan kesanggupan, kepayahan dan semangat jitu untuk sama-sama meraikan Hari Merdeka. – 31 Ogos, 2023