Eyka Farhana akui pemain JDT, Akhyar Rashid teman istimewanya

Pelakon itu enggan memberikan sebarang komen mengenai sama ada mereka pernah berbincang mengenai soal pertunangan atau perkahwinan

9:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mengakui Akhyar Rashid adalah teman istimewanya, pelakon Eyka Farhana bagaimanapun meminta agar kisahnya dengan pemain bola Johor Darul Ta’zim (JDT) itu tidak terlalu banyak digembar-gemburkan pihak media.

Menurutnya, dia tidak mahu Akhyar terpalit dengan kontroversi yang dikaitkan dengan dirinya kerana bimbang ia akan menjejaskan fokusnya bersama JDT.

Malah Eyka berkata, dia juga sebenarnya tidak mahu terlalu memikirkan mengenai jodohnya dengan Akhyar.

“Sekarang ini, kita masih berkawan macam biasa. Kalau ada jodoh, adalah. Sebab kalau nak cakap pasal jodoh ni, kita tak tahu. Tunggu sampai seru.

“Sekarang ini, saya mahu fokus pada kerjaya. Kalau saya dah settle down (berkahwin) nanti, perjalanan kerjaya saya akan slow (perlahan) sikit sebab waktu itu mungkin saya sudah ada anak dan sebagainya.

“Berbeza dengan sekarang ini, saya gembira dengan kehidupan saya. Apa yang saya ada dan apa yang saya buat. Apa sahaja peluang yang datang di depan mata, saya akan ambil. Banyak yang ingin saya capai dalam kerjaya.

“Kalau sampai seru, saya akan kahwin. Lagipun, kalau dah jodoh kita tetap dengan orang itu, kita akan kahwin juga nanti,” katanya ketika ditemui selepas majlis doa selamat dan pelancaran filem Perjanjian Anak Syaitan 2 di Kota Damansara.

Eyka yang turut mengakui sudah hampir lima tahun menjalinkan hubungan dengan Akhyar memberitahu mereka saling menyokong antara satu sama lain.

“Dia support (sokong) saya dalam industri dan saya pun support (sokong) dia juga,” katanya.

Ditanya sama ada mereka pernah berbincang soal pertunangan atau perkahwinan, Eyka enggan memberi sebarang komen mengenainya.

“Biarlah rahsia,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai filem Anak Perjanjian Syaitan 2 arahan Dr Ahmad Idham, Eyka berkata, ia merupakan filem seram pertama dibintanginya sepanjang bergelar pelakon.

“Saya sebenarnya penakut. Masa dapat tawaran ini, saya tertanya juga bolehkah saya bawa watak Azlinda yang berdepan dengan gangguan dan hasutan syaitan disebabkan perjanjian dilakukan arwah ibunya sewaktu melahirkannya dulu.

“Tapi Alhamdulillah, shooting (penggambaran) filem ini berjalan dengan lancar dan saya banyak mendapat tunjuk ajar daripada tuan director (pengarah) sendiri,” katanya. – 30 Ogos, 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

[UPDATED] Petronas confirms ongoing productivity reviews to ‘eliminate inefficiencies’

Responding to Scoop, industry giant said it aims to become ‘operationally focused, commercially agile and cost-efficient’, but did not clarify if it is linked to Petros deal

Related