PRK: Nazri teruja terima sambutan luar biasa pengundi Cina di Simpang Jeram

Calon PH itu yakin dapat mempertahankan kerusi di DUN tersebut

5:45 PM MYT

 

MUAR – Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Nazri Abd Rahman mengakui terkejut apabila menerima sambutan luar biasa daripada pengundi Cina.

Beliau bagaimanapun berasa amat gembira dengan perkembangan itu dan memberi bayangan bahawa pengundi di situ mahu PH mempertahankan kerusi berkenaan.
“Pada hari kelima kempen, momentum khususnya pengundi amat memberangsangkan. Kalau dilihat di 99 Hawker Center, ramai pengunjung, khususnya pengundi cina yang mahu saya mempertahankan kerusi ini.

“Berdasarkan sokongan mereka kepada PH, Insya-Allah, saya percaya dan yakin sokongan mereka ini akan berterusan sehingga 9 September nanti,” katanya ketika ditemui selepas program Kopitiam Talk di 99 Hawker Center, hari ini.

Nazri berkata, sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat, beliau mahu menyelesaikan isu banjir kilat yang sering menghantui penduduk di kawasan itu sejak sekian lama.

Jelas bekas jurutera Majlis Perbandaran Muar (MPM) itu, walaupun ia bukan isu besar dihadapi masyarakat, namun beliau berjanji akan menyelesaikan masalah tersebut.

“Masalah banjir kilat di Simpang Jeram ini memang berlaku tetapi ia bukan isu serius, cuma membabitkan sebahagian kecil sahaja di kawasan rendah. Jika dipilih, saya akan cuba mengatasi masalah itu dengan kerjasama holistik bersama jabatan mahupun agensi kerajaan berkaitan.

“Jika saya tidak menang (sebagai Adun), saya akan tetap cuba sebaiknya membantu penduduk jika berlaku banjir, kerana saya juga terkesan dengan masalah itu. Penduduk di sini sebahagian daripada keluarga saya, jadi saya akan bantu mereka,” katanya.

Sementara itu, beliau menafikan dakwaan bahawa pihaknya berkempen di luar kawasan DUN Simpang Jeram, yang menjadi kesalahan seperti ditetapkan pihak berkuasa.

“Kalau dilihat pada laporan polis, saya dapati tiada aduan di mana kita berkempen di luar kawasan. Ini kita elakkan bagi mengharmonikan pergerakan kempen kita. Setakat hari ini, kita tidak melanggar peraturan yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mengikut arahan mereka.

“Sokongan jentera BN dan PH juga amat komited. Kta lihat di peringkat negeri, Menteri Besar Johor sendiri memberi komitmen baik, mahupun jentera Umno yang saya lihat bersungguh-sungguh membantu PH. Saya harap hubungan baik ini akan berterusan bagi memastikan keharmonian bangsa Johor,” katanya.

Selain Nazri, PRK DUN Simpang Jeram menyaksikan pertembungan tiga penjuru menentang Dr Mazri Yahya yang mewakili Perikatan Nasional (PN) dan calon Bebas, S Jegananthan. – 30 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related