Peruntukan RM2 bilion bagi Fasiliti Peralihan Tenaga Negara: PM Anwar

Kemudahan berkenaan akan mengupayakan pemangkin kewangan berkenaan dalam memastikan kelancaran aliran sumber kewangan ke arah projek-projek peralihan tenaga

12:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM2 bilion sebagai dana awal bagi Fasiliti Peralihan Tenaga Negara untuk membolehkan pemangkin kewangan secara teradun, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Perdana Menteri berkata, kemudahan berkenaan akan mengupayakan pemangkin kewangan berkenaan dalam memastikan kelancaran aliran sumber kewangan ke arah projek-projek peralihan tenaga yang berpotensi secara marginal atau menghasilkan pulangan di bawah pasaran. 

“Kemajuan kita dengan mengambil kira keadaan semasa teknologi penyahkarbonan Malaysia yang belum matang, banyak bergantung kepada sumber tenaga alternatif serta kerjasama serantau dan antarabangsa yang mantap,” kata beliau ketika berucap pada majlis pelancaran fasa kedua Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara di sini, hari ini.

Menekankan perkara itu selanjutnya, Perdana Menteri turut menegaskan bahawa usaha terbabit turut melibatkan aspek kewangan yang besar.

“Oleh kerana cabaran utama dalam peralihan tenaga adalah pembiayaan, adalah dianggarkan pelaburan berjumlah sekurang-kurangnya RM1.2 trilion bagi tempoh 2023 hingga 2050 diperlukan untuk membolehkan peralihan tenaga secara bertanggungjawab,” kata beliau.

 Malah, Anwar menjelaskan, pada dekad ini sahaja, kerajaan memerlukan peruntukan antara RM60 bilion dan RM90 bilion bagi menampung projek-projek penting, termasuk pengembangan pengangkutan awam, memperkukuh infrastruktur grid serta usaha latihan semula modal insan.  

Selain itu, beliau menyifatkan kecekapan tenaga itu sebagai antara tuas peralihan tenaga yang menawarkan penyelesaian jangka panjang secara berkesan dalam mengurus penggunaan tenaga, sekali gus mengurangkan lagi pelepasan karbon.

Atas alasan itu, Perdana Menteri berkata kerajaan akan melancarkan satu program retrofit besar bagi meningkatkan aspek kecekapan tenaga di bangunan-bangunan kerajaan.

“Satu platform ESCO (syarikat-syarikat perkhidmatan tenaga) akan dibentuk bagi menghubungkan ESCO swasta yang kebanyakannya adalah perusahaan kecil dan sederhana dengan projek-projek kerajaan.

“Peranan utama platform tersebut adalah sebagai satu perantara yang mengumpulkan projek-projek retrofit bangunan kerajaan dan menggalakkan penyelarasan awam-swasta dalam pasaran ESCO,” kata beliau. – 29 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related