Anugerah TikTok: Khairul Aming dinobatkan pemenang Creator Of The Year

Khairul berkata, kemenangannya itu adalah hasil sokongan daripada keluarga, rakan-rakan pencipta kandungan dan pasukan perniagaannya

12:13 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menepati ramalan ramai, pemenang kategori Creator Of The Year, TikTok Awards Malaysia 2023 menjadi milik mutlak pempengaruh media sosial popular, Khairul Aming.

Khairul atau nama sebenar, Khairul Amin Kamarulzaman, 31, menewaskan lima pencabar lain iaitu Boss James yang mengendalikan akaun TikTok @bossjames_eo; Lawyer Gandhi (@lawyerghandi); Auntie Purple (@auntiepurple248); Ceddy (@ceddyornot) dan Sally (@sallywhoo).

Popular dengan kandungan masakan, Khairul berkata, kemenangannya itu adalah hasil sokongan daripada keluarga, rakan-rakan pencipta kandungan dan pasukan perniagaannya.

“Terima kasih kepada mak, arwah ayah dan pasukan Sambal Nyet. Kalau ayah dapat tengok saya terima anugerah ini mesti dia berbangga sebab sudah lapan tahun saya bekerja keras,” katanya ketika menerima trofi.

TikTok Awards Malaysia 2023 dipancarkan secara langsung oleh TV3 dan akaun TikTok Malaysia dari Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, sebentar tadi.

Dianjurkan platform TikTok, ia merupakan acara anugerah terbesar yang diwujudkan untuk memberi pengiktirafan kepada pencipta kandungan hebat yang merangkumi pelbagai topik, latar belakang dan bidang. – 28 Ogos, 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related