Anwar mahu peluk Islam sejak 10 tahun lalu, hanya kini dapat restu ibu bapa

Muhammad Anwar berbesar hati serta berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kesudian untuk mengislamkannya

8:00 AM MYT

 

KLANG – Pemuda yang diislamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah masjid di sini sudah berniat untuk memeluk Islam sejak 10 tahun lalu namun tidak mendapat kebenaran ibunya ketika itu.

Bagaimanapun, Muhammad Anwar Kartiban, 27, dari Sungai Petani, Kedah berkata, hasratnya itu termakbul selepas memaklumkan hajatnya untuk turut berkahwin dengan seorang wanita beragama Islam kepada ibu bapanya.

“Saya sejak umur 17 tahun sudah mula fikir untuk peluk Islam, tapi saya tak dapat masuk, masa itu mak saya tak bagi.

“Kali ini (bila) umur dah 27 tahun baru mak saya bagi masuk Islam, sebab lepas mak saya tengok perempuan ini (bakal isteri) yang saya mahu nikah dan cinta (barulah) bapa dan mak setuju,” katanya kepada Scoop hari ini.

Anwar yang bekerja sebagai pembantu kedai di Banting, turut memaklumkan keinginannya memeluk Islam bukan atas paksaan sesiapa sebaliknya dengan rela hati.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membantu Muhammad Anwar melafazkan dua kalimah syahadah selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Klang pada, 18 Ogos lalu. – Gambar dari Suara Keadilan, 28 Ogos, 2023

Beliau juga berbesar hati serta berterima kasih kepada Perdana Menteri atas kesudian untuk mengislamkannya.

“Saya pun terkejut (apabila) tahu Perdana Menteri ada di sini (Masjid Ar-Rahimiah).

“Saya rasa happy (gembira) masa itu (lafaz syahadah) tengok PM depan-depan, tak pernah tengok depan-depan dan dapat masuk Islam. Terima kasih banyak kepada PM yang Islamkan saya,” katanya yang turut memaklumkan kepada Perdana Menteri untuk menggunakan nama Anwar.

Tambahnya, bakal bapa mertuanya banyak membantu Anwar menguruskan proses pengislamannya bersama Perkim yang dilakukan sejak seminggu sebelum memeluk Islam.

Muhammad Anwar menunjukkan kad perakuan Islam yang diterimanya Jumaat lalu. – Gambar Scoop, 28 Ogos, 2023

Anwar juga sudah mendapat kad perakuan memeluk agama Islam yang dikeluarkan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) pada Jumaat lalu, kira-kira seminggu selepas mengucap dua kalimah syahadah.

“Selepas ini (saya) kena ikut kursus bimbingan sebagai saudara baharu dalam tempoh enam bulan, selepas itu baru buat (perancangan) majlis untuk nikah,” katanya.

Sebelum ini tular rakaman video Perdana Menteri mengislamkan saudara baharu di Masjid Ar-Rahimiah, di sini, pada 18 Ogos lalu.

Dalam rakaman tersebut, Perdana Menteri dipercayai mengajar saudara baharu itu mengucap dua kalimah syahadah sebelum disambut laungan takbir oleh jemaah yang hadir. – 28 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Closure of Bandar Sri Damansara post office worries local community – Ravindran Raman Kutty

BANDAR Sri Damansara is a unique township that is equipped with almost every amenity, including a dynamic post office. We, through the resident’s association, managed to secure this post office in the late 1990s, and our residents have been enjoying the services to date. 

Adakah Petronas akan kurangkan pekerja untuk atasi kerugian daripada perjanjian dengan Petros?

Sumber mendakwa syarikat minyak dan gas negara dijangka mengalami kerugian hasil sebanyak 30% sebaik formula yang dipersetujui untuk pengagihan gas asli di Sarawak dilaksanakan

Related