Saya nafikan tuduhan liar Hadi, DAP tidak pernah minta PAS ‘buang’ Islam

Anthony Loke turut mempersoal mengapa DAP sentiasa dilabelkan PAS sebagai musuh Islam, malah menyifatkan kenyataan pemimpin itu pembohongan untuk politik

9:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – DAP menyangkal dakwaan bahawa parti itu pernah meminta PAS ‘membuang’ Islam sepanjang kerjasama antara kedua-duanya sama ada menerusi Barisan Alternatif mahupun Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, parti itu sentiasa konsisten sepanjang kerjasama politik dengan PAS dan hanya memfokuskan kepada isu yang dipersetujui bersama.

Beliau menegaskan, mereka bagaimanapun mengambil pendekatan ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’ (agree to disagree) dalam isu yang tidak dapat mencapai konsensus.

“(Menerusi) Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang di ceramah di Johor semalam, sekali lagi beliau memfitnah kononnya pimpinan DAP meminta PAS membuang Islam dalam perjuangannya untuk meneruskan kerjasama antara dua parti tersebut.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan liar tersebut. DAP tidak pernah meminta PAS melakukannya, sama ada semasa Barisan Alternatif pada 1999 sehingga 2002, mahupun Pakatan Rakyat dari tahun 2008 hingga 2015,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Semalam, Abdul Hadi ketika menyampaikan ucapannya pada Ceramah Perdana Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Johor mendakwa, DAP meminta PAS agar membuang Islam dalam perjuangan parti itu.

Ujar Abdul Hadi, permintaan itu dilakukan kerana DAP tidak boleh menerima pentadbiran Islam di negara ini.

Mengulas lanjut, Anthony berkata, isu pokok yang tidak dapat dipersetujui oleh DAP adalah pelaksanaan hukum hudud, berikutan ia tidak berlandaskan kepada sistem undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Selain DAP, Anthony yang juga Menteri Pengangkutan menjelaskan, individu yang paling lantang tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud adalah Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi Perdana Menteri keempat.

“Pendirian tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud tidak bermakna melawan Islam. Tun Dr Mahathir tidak pernah setuju dengan pelaksanaan hudud. Begitu juga parti yang disebut Hadi seperti MCA, MIC dan Gerakan.

“Mengapa hanya DAP yang sentiasa dilabelkan oleh PAS sebagai musuh Islam? Bukankah ini semata-mata satu pembohongan parti itu untuk menjadikan DAP sebagai ‘punching bag’ dalam percaturan politik mereka,” soalnya. – 27 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same tahun GLICs invested RM47 mil

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-tahun-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

MACP sues Hitman Solutions for alleged copyright violations involving Ne-Yo, Sum 41, and Incubus concerts

Legal action targets major events, including Ella, Dolla, and Bunkface, over unauthorised use of copyrighted music

Related