Umno tak perlu adakan pemilihan semula, lebih baik fokus ‘post mortem’ parti

Ini kerana pemilihan daripada jawatan Naib Presiden hinggalah kepada peringkat cawangan parti sudah dibuat tahun lalu

1:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan buat Umno mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) hanya semata-mata mahu mendesak pemilihan parti diadakan semula.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, ini kerana pemilihan daripada jawatan Naib Presiden hinggalah kepada peringkat cawangan parti sudah dibuat tahun lalu.

Menurutnya, melalui pemilihan tersebut jelas menunjukkan majoriti jawatan Naib Presiden serta Ketua Bahagian Umno, disandang oleh muka baharu.

“Bahkan selepas Umno hilang kuasa pada 2018, pemilihan parti dibuat dari atas sampai ke bawah. (Presiden, Datuk Seri Ahmad) Zahid (Hamidi) kalahkan KJ (Khairy Jamaluddin dan Tengku Razaleigh Hamzah.

“(Jadi) Pada saya tidak perlu. Pemilihan Umno sudah dibuat tahun lalu dari peringkat Naib Presiden sampai ke cawangan. Naib Presiden orang baru dan majoriti ketua bahagian juga orang baru,” katanya menerusi hantaran di Facebook milik beliau, hari ini.

Mengulas lanjut, Puad berkata, Umno sebaiknya perlu melakukan ‘post mortem’ bagi mengenal pasti punca rakyat menolak parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

“Pemilihan tetap berlaku. Tahun lalu parti yang putuskan tidak ada pertandingan jawatan nombor satu dan dua.

“Lebih baik buat ‘post mortem’ terperinci di semua peringkat dan laksanakannya. (Itu) lebih mikro dan fokus,” katanya.

Sebelum ini, Tengku Razaleigh menggesa agar pemilihan parti diadakan semula bagi mendapatkan sokongan majoriti ahli Umno.

Tegasnya, terdapat keperluan untuk pemilihan dilakukan demi menghidupkan semula Umno susulan prestasi buruknya pada PRN, 12 Ogos lalu.

Mantan Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, parti hanya akan mengalami pembaharuan sebenar menerusi proses pemilihan.

Pemilihan Umno sudah diadakan pada Mac lalu dengan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan selepas Perhimpunan Agung Umno (PAU) meluluskan usul tersebut pada Januari lepas. – 24 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related